Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.déa.lis.tik] | ايدياليستيک

Definisi : (idéalistik) bersifat idealis (bkn orang) atau berasaskan idealisme (bkn pendirian, pandangan, cita-cita, dsb): amat terasa mereka cukup ~ dan menggunakan drama utk menampung idea-idea yg bergejolak dan mengetengahkan persoalan-persoalan yg erat kaitannya dgn pembangunannya dan kebangkitan satu umat baru; dlm detik-detik ketenangannya yg romantik, beliau mengarang novel yg jelas gagal akhirnya kerana amatlah sulit bagi seorang seniman hendak menjadi orang politik yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata idealistik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
idealisticidealistikPendidikanTiadaTiada
idealisticidealistikSejarahTiadaTiada
idealistic ethicetika idealistikPendidikanTiadaTiada
idealistic culturekebudayaan idealistikSosiologiTiadaTiada
platonismplatonismeKesusasteraanTiadaDoktrin dan fahaman idealistik yang berasal daripada dialog Plato, ahli falsafah Yunani. Socrates merupakan watak utama dalam sebahagian besar dialog ini. Diketahui umum bahawa Plato tidak mementingkan peranan penyair dan mengatakan fikiran mereka menyeleweng dan mengganggu fikiran rasional. Malah, dalam karyanya berjudul Republic, beliau menyatakan bahawa penyair harus dibuang dari negara ideal. Namun, beberapa aspek Plationisme dianggap penting dan terserap luas dalam kesusasteraan Barat. Dalam karya berjudul Republic (Buku VIII), terdapat imej gua Plato yang terkenal. Menurut Platonisme, dunia zahir merupakan dunia yang hanya wujud dalam perasaan dan tanggapan manusia sahaja. Sebaliknya, idea atau bentuk adalah realiti yang sebenar, abadi dan transenden. Dalam karya berjudul Dialogues, Plato berulang kali menggesa manusia mencari dan mengungkapkan idea keadilan, cinta, keberanian, persahabatan, dan akhlak mulia. Plato menegaskan bahawa objek zahir hanyalah tiruan dan wakil daripada idea tentang objek terse

Kembali ke atas