hydrogenation | penghidrogenan | Farmasi | Tiada | Tindak balas yang suatu bahan tindak balas diturunkan secara bermangkin dengan penambahan molekul hidrogen kepada kumpulan yang mudah diturunkan seperti ikatan ganda dua karbon-karbon, ikatan ganda dua karbon-oksigen dan ikatan ganda dua karbon-nitrogen bagi imina. |
alkene | alkena | Kimia | Tiada | Kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik tak tepu, iaitu atom-atom karbonnya mempunyai satu atau lebih ikatan ganda dua. Alkena dengan satu ikatan ganda dua mempunyai formula am CnH2n. Alkena tidak larut di dalam air, tetapi larut di dalam pelarut organik. pada suhu bilik, tiga ahli pertama, iaitu etana, propena dan butena berbentuk gas, sebelas ahli yang seterusnya (C5 hingga C15) berbentuk cecair, manakala yang selebihnya pula berbentuk pepejal berlilin. Alkena bertindak balas dengan air bromin untuk menghasilkan bromoalkohol, dan dengan larutan sejuk kalium permanganat berbes untuk menghasilkan diol. Alkena terdapat semula jadi sebagai juzuk petroleum dan lazimnya disediakan secara pemanasan alkohol dengan asid sulfurik pekat pada suhu 180oC. Sebatian ini digunakan sebagai bahan api dan bahan pemula bagi penyediaan bahan kimia lain. Nama umumnya ialah olefin. |
cis-trans isomeran | keisomeran cis-trans | Kimia | Tiada | Keisomeran sebatian yang mengandungi ikatan ganda dua yang gelang tegar. keisomeran cis-trans merupakan sejenis kestereoisomeran. Kumpulan yang serupa di dalam sebatian mungkin terdapat pada sisi yang sama dengan satah ikatan ganda dua yang berkenaan (bentuk cis), atau pada sisi yang bertentangan (bentuk trans). Misalnya, 122-dikloroetena. Sin. keisomeran geometri. CI CI CI H C = C C = C H H H CI cis – 1, 2 –dikloroetena trans – 1, 2 –dikloroetena Keisomeran cis-trans |
polyunsaturated fatty acid (PUFA) | asid lemak poli tak tepu (PUFA) | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Asid lemak dengan rantaian karbon yang mengandungi dua atau lebih ikatan ganda dua. Asid lemak poli tak tepu terdiri daripada trigliserida dan kebanyakan asid lemak ialah asid lemak poli tak tepu. Contohnya, asid linoleik (dua ikatan ganda dua), dan asid linolenik (tiga ikatan ganda dua). Makanan yang mengandungi asid lemak poli tak tepu ialah minyak soya, minyak bunga matahari dan minyak jagung. |
double bond | ikatan ganda dua | Kimia | Tiada | Ikatan kovalen yang terbentuk di antara dua atom hasil daripada perkongsian dua pasangan elektron. Misalnya, ikatan yang terdapat di dalam sebatian etena mempunyai satu ikatan ganda dua, CH2 = CH2. |
dionine | dionina | Kimia | Tiada | Kumpulan sebatian organik yang mengandungi dua ikatan ganda dua di antara atom-atom karbon di dalam strukturnya. |
alkadiene | alkadiena | Kimia | Tiada | Sebarang hidrokarbon alifatik yang mengandungi dua ikatan ganda dua. |
diene | diena | Kimia | Tiada | Kumpulan sebatian organik yang mengandungi dua ikatan ganda dua di antara atom-atom karbon di dalam strukturnya. Misalnya, butadiena, H2C=CH-CH=CH2. |
double bond | ikatan ganda dua | Fizik | Tiada | Tiada |
double bond | ikatan ganda dua | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |