Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.buh] | ايمبوه

Definisi : tambahan pd barang yg ditimbang (disukat dll), tambahan supaya sama berat (nilai dll): setelah siap disukatnya padi itu diberikannya pula ~ segantang; mengimbuh 1. memberi imbuh, menokok, menambah; 2. memberi imbuhan (awalan, akhiran atau sisipan); imbuhan 1. bayaran tambahan, sagu hati: mereka belum lagi menerima sebarang ~ tetap sbg anggota Majlis Tempatan; 2. (Lin) penambah (awalan, akhiran, dan sisipan); berimbuhan memakai imbuhan, ada imbuhan: sistem Za’ba membolehkan penulisan kata ~ dieja bercantum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[im.buh] | ايمبوه

Definisi : tambahan pd barang yg ditimbang (dibeli dll); tokok: Dia telah memberikan ~ secupak. mengimbuh memberikan tambahan; menokok; menambah. imbuhan 1 wang yg dibayarkan sbg sagu hati; bayaran tambahan. 2 penambah dlm ilmu bahasa spt ber-, ter-, -i, -kan yg dpt ditambahkan, atau -el-, -er- atau -em- yg dpt disisipkan pd kata dasar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
imbuh
Kata Terbitan : mengimbuh, mengimbuhkan, imbuhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
recharge capacity (of a well)kapasiti imbuh (perigi)HidrogeologiTiadaKadar maksimum perigi imbuh dapat meluahkan air yang dimasukkan ke dalamnya. Kebalikannya ialah kapasiti perigi. (Dimensi: L3T-1) Sin.: kapasiti songsang
artificial rechargeimbuh buatanHidrogeologiTiadaPengimbuhan atau pengisian kembali air tanah hasil dari kegiatan manusia dengan kadar yang melebihi kadar semula jadi. Mengikut takrif yang sempit, proses ini hanya mencakupi penambahan air oleh struktur yang direka khas untuk tujuan tersebut. Secara lebih luas, proses ini mencakup perubahan buatan terhadap keadaan semula jadi seperti imbuh teraruh ataupun penyusupan dari sesebuah sungai. Beraneka kaedah telah diperkembangkan seperti penyebaran air, pengimbuhan melalui kolam, lubang dan perigi, dan pemampaan untuk menghasilkan imbuh teraruh dari air permukaan. Ruj.: Barksdale 1946 Sin.: pengisian semula buatan
recharge (hydrology)imbuh (hidrologi)GeografiTiadaTiada
induced rechargeimbuh teraruhGeologiTiadaPengimbuhan air tanah daripada air muka yang teraruh masuk akibat penurunan aras air-tanah.
induced rechargeimbuh teraruhGeografiTiadaPengimbuhan air tanah daripada air muka yang teraruh masuk akibat penurunan aras air-tanah.
rejected rechargeimbuh tolakGeografiTiadaTiada
recharge (hydrology)imbuh (hidrologi)KejuruteraanTiadaPengisian semula akuifer sama ada secara imbuhan buatan atau secara tabii.
induced rechargeimbuh teraruhKejuruteraanTiadaTiada
rejected rechargeimbuh tolakKejuruteraanTiadaTiada
dynamic augmentimbuh dinamikKejuruteraanKejuruteraan MekanikDaya yang dihasilkan oleh bahagian atau komponen bersaling tak seimbang seperti pemberat yang dipasang pada aci engkol dalam enjin kenderaan. Jika pemberat tidak terimbang secara dinamik, pemberat boleh menyebabkan gegaran kepada sistem dan kerosakan enjin.
123456

Kembali ke atas