Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.mu.ni.ti] | ايمونيتي

Definisi : 1. keimunan: beberapa hari sebelum badan pesakit membentuk ~ secukupnya utk melawan jangkitan; 2. perihal boleh dilindungi atau dikecualikan drpd sesuatu pendakwaan, kekebalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.mu.ni.ti] | ايمونيتي

Definisi : ist keadaan tidak dpt diserang atau dijangkiti sesuatu penyakit setelah diberi suntikan pelalian dsb (bkn manusia atau haiwan); keimunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imuniti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
immunityimunitiPerikananAkuakulturKeadaan ikan yang mempunyai daya tahan atau perlindungan yang mencukupi untuk menggelakkan jangkitan penyakit atau menghalang kemasukan bahan asing yang boleh memudaratkan. Keadaan ini boleh terhasil daripada proses imunisasi/vaksinasi atau akibat jangkitan lampau atau diperoleh daripada induk ikan. Perlindungan yang diperoleh selepas jangkitan dikenali sebagai imuniti adaptif, manakala imuniti semula jadi merujuk kepada perlindungan yang diperoleh sejak dilahirkan.
lymphocytelimfositFarmasiBioteknologi FarmasiSel darah putih yang mempunyai nukleus yang besar. Limfosit terbahagi kepada sel B dan sel T. Fungsi sel B adalah untuk menghasilkan antibodi dan terlibat dalam imuniti humoral, manakala sel T pula berperanan dalam imuniti perantaraan sel.
herd immunityimuniti kelompokKesihatan AwamTiadaKerentanan sesuatu kelompok kerana kebanyakan individu dalam kelompok tersebut rentan kepada serangan dan penyebaran sesuatu agen jangkitan.
immunizationpengimunanPerikananAkuakulturProses memberikan perlindungan imuniti aruhan kepada penyakit melalui pendedahan secara sengaja terhadap antigen patogen atau imunogen. Tujuan pengimunan ini adalah untuk merangsang sistem pertahanan ikan dan seterusnya meningkatkan keupayaan tindak balas ikan apabila terdedah kepada antigen atau imunogen yang sama. Pengimunan ikan boleh diberikan secara oral melalui makanan, suntikan atau rendaman semasa peringkat benih.
susceptiblerentanPerikananAkuakulturKeadaan yang mudah dijangkiti penyakit disebabkan oleh ketiadaan imuniti.
vaccinevaksinPerikananAkuakulturBahan sediaan yang digunakan untuk merangsang pengeluaran antibodi dan memberikan imuniti terhadap satu atau beberapa jenis penyakit. Vaksin disediakan daripada agen penyakit tersebut dan digunakan sebagai antigen tanpa mengaruhkan penyakit.
cytotoxic T-lymphocyte (CTL)limfosit T sitotoksik (CTL)AIDSTiadaLimfosit yang boleh mengenal sel asing dengan pertolongan sistem imuniti selular. Sel ini penting dalam pemusnahan sel kanser dan sel yang dijangkiti virus.
antiserumantiserumKimiaForensikCecair dalam darah haiwan atau manusia yang mengandungi antibodi untuk melawan penyakit tertentu. Cecair ini tidak menyebabkan penghasilan antibodi seseorang dan lazimnya digunakan untuk imuniti sementara (pasif). Terdapat beberapa jenis antiserum. Jenis pertama dibuat dengan antitoksin iaitu antibodi yang memusnahkan racun daripada bakteria tetapi tidak membunuh bakteria itu. Jenis kedua ialah serum antimicrobial iaitu serum yang memusnahkan bakteria melalui tindakan sel darah putih. Jenis ketiga pula ialah serum antilimfosit (ALS) yang mempunyai antibodi untuk melawan antigen sel darah putih tertentu. Sinonim antitoksin.
charge d�affaireskuasa usahaSains PolitikHubungan AntarabangsaPenjawat yang mewakili Kementerian Luar Negeri sesebuah negara yang ditempatkan di luar negara. Jawatan tersebut merupakan pangkat tertinggi selepas duta besar di pejabat kedutaan. Semua pegawai diplomatik yang ditempatkan di sesebuah negara asing biasanya dikenali sebagai kor diplomat dan duta besar bertindak sebagai ketua. Para diplomat dan kakitangannya serta keluarga mereka diberikan hak imuniti (kekebalan).
ambassadorduta besarSains PolitikHubungan AntarabangsaPerwakilan diplomatik tertinggi sesebuah negara dengan negara lain dalam hubungan antarabangsa. Peraturan antarabangsa mengenai duta ini telah dimeterai dalam kongres Vienna pada 19 Mac 1815 antara ketua negara Eropah. Konvensyen Vienna mengenai hubungan diplomatik kemudiannya ditandatangani pada 18 April 1961 yang mengukuhkan lagi kedudukan duta besar sebagai perwakilan negara asing yang tertinggi. Seseorang duta besar diterima oleh ketua negara dengan menyerahkan surat watikah lantikan dalam satu upacara rasmi negara. Perwakilan tersebut menjadi pihak penghubung antara negara mereka dengan negara tuan rumah dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, dan sosial. Perwakilan mempunyai hak imuniti di negara tuan rumah.

Kembali ke atas