sanad bai‘ ‘inah | bon jual beli inah | Perniagaan Islam | Tiada | Sekuriti hutang yang diterbitkan oleh kerajaan atau pihak swasta berdasarkan harta. Contohnya, syarikat awam tertentu telah menerbitkan bon berdasarkan jual beli inah dan boleh diurusniagakan di pasaran hutang. |
bai‘ ‘inah financing | pembiayaan bai‘ ‘inah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembiayaan tunai yang melibatkan akad pembelian secara hutang dan penjualan semula secara tunai. Proses pembiayaan ini berlaku seperti yang berikut: i. Pelanggan yang ingin mendapatkan pembiayaan tunai menghubungi bank. ii. Pelanggan membeli aset daripada bank secara hutang. iii. Pelanggan menjualkan semula aset tersebut kepada bank secara tunai. iv. Bank menyerahkan harga jualan tunai kepada pelanggan. Melalui cara ini, pelanggan telah berhutang dengan bank melalui akad hutang tetapi kemudiannya berjaya mendapatkan tunai melalui jualan tunai. Harga jualan hutang kepada individu biasanya lebih tinggi daripada belian tunai oleh bank. Kaedah pembiayaan ini diamalkan oleh sesetengah perbankan Islam untuk tujuan pembiayaan peribadi. Penerimaan dari sudut syarak adalah berbeza mengikut mazhab kerana dianggap sebagai helah menghalalkan riba. Walau bagaimanapun, kaedah ini sepakat diterima dari segi syarak apabila proses jual beli ini melibatkan pihak ketiga yang dikenali sebagai pembiayaan tawarr |
‘inah | aset yang diakadkan | Perniagaan Islam | Tiada | Lihat bai‘ ‘inah. |
bai‘ ‘inah | jual beli aset | Perniagaan Islam | Tiada | 1. Akad jual beli antara penjual dengan pembeli apabila penjual menjual asetnya pada harga tunai dan disusuli pembelian semula oleh penjual dengan harga tangguh yang lebih tinggi. Contohnya, pelanggan menjual aset kepada bank dengan harga tunai RM5 000 dan kemudian bank menjual semula aset tersebut kepada pelanggan dengan harga tangguh RM5 500. 2. Akad jual beli antara penjual dengan pembeli apabila penjual menjual asetnya kepada pembeli pada harga tangguh dan disusuli dengan pembelian semula oleh penjual dengan harga tunai yang lebih rendah. Contohnya, bank menjual asetnya kepada pelanggan dengan harga tangguh RM5 500 dan kemudian bank membeli semula aset tersebut daripada pelanggan dengan harga tunai RM5 000. Bentuk jual beli ini diharuskan oleh syarak untuk memenuhi hajat pelanggan mendapatkan wang tunai tetapi bukan aset yang diakadkan. Sinonim ‘inah. |