smut grass (Ischaemum indicum) | rumput gerek telinga (Ischaemum indicum) | Veterinar | Tiada | Tiada |
cat's tail grass (Heliotropium indicum) | rumput ekor kuching (Heliotropium indicum) | Pertanian | Tiada | Tiada |
Oroxylum indicum | Beka, bonglai kayu, kulai | Pertanian | Tiada | Tumbuhan jenis pokok dalam famili Bignonaceae juga dikenali sebagai bonglai kayu dan kulai. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di tepi sungai dan kawasan lembab. Batangnya tegak dengan daunnya jenis bipinat tertumpu di bahagian hujung batang. Bunganya berbentuk corong, bersaiz besar dan berwarna putih. Tangkai bunganya tumbuh tegak di hujung batang. Buahnya jenis folikel dan bijinya leper bersayap putih. Akar dan kulit batangnya digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, cirit-birit, sembelit, sakit perut dan sakit sendi. Daun digunakan untuk mengubati demam, sakit perut, bengkak otot dan sakit kepala. Bunga dan buah muda boleh dimakan sebagai sayur dan ulam. |
Oroxylum indicum | beka | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis pokok dalam famili Bignonaceae yang dikenali juga sebagai bonglai kayu dan kulai. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di tepi sungai dan kawasan lembap. Batangnya tegak dengan daunnya jenis bipinat tertumpu di bahagian hujung batang. Bunganya berbentuk corong, bersaiz besar dan berwarna putih. Tangkai bunganya tumbuh tegak di hujung batang. Buahnya jenis folikel dan bijinya leper bersayap putih. Akar dan kulit batangnya digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, cirit-birit, sembelit, sakit perut dan sakit sendi. Daunnya digunakan untuk mengubati demam, sakit perut, bengkak otot dan sakit kepala. Bunga dan buah mudanya boleh dimakan sebagai sayur dan ulam. |
sesame oil | minyak bijan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Minyak yang didapati daripada biji tumbuhan sesamun indicum yang menghasilkan minyak yang boleh dimakan. |
inflorescence | jambak bunga | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bahagian pokok yang mengandungi sekelompok atau gugusan bunga. Terdapat beberapa jenis jambak bergantung pada susunan bunga. Contohnya, jambak jenis panikel seperti mangga (Mangifera indica), jenis spika seperti pokok ekor kucing (Acalypa hispida), jenis rasem seperti pokok beka (Oroxylum indicum), jenis umbel seperti bunga tahi ayam (Lantana camara), jenis spadiks seperti kelemoyang (Homalomena sagitifolia), jenis kapitulum seperti bunga matahari (Helianthus annuus) dan jenis katkin seperti rambai (Baccaurea motleyana). |
ludai | ludai | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Sapium dpp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah gurah dan mamah pelanduk, dan di Sabah ialah apid-apid. Hanya tiga spesies utama menghasilkan kayu ludai, ialah Sapium baccatum, S. discolor dan S. indicum. Gubal kayunya dan teras kayu ludai sukar dibezakan, dan biasanya berwarna coklat kekuningan. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul atau kadang-kadang beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 290 hingga 465 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu ludai mudah dikerjakan dan mengering dengan baik, tanpa mengalami cacat yang teruk. Kayu ini boleh diserang serangga dan kulat berwarna gubal. Kayu ludai sesuai untuk kotak, venir kor dan papan lapis. |