Maklumat Kata
Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata induknya |
|
|
Istilah Bahasa Melayu
Clone | Klon | Pertanian | Agronomi | Organisma yang mempunyai ciri genetik atau baka yang sama dengan induknya. Pada tumbuhan, sesuatu klon dihasilkan daripada induknya melalui proses pembiakan vegetatif seperti menggunakan keratan, cantuman atau kultur tisu. Klon dihasilkan daripada induk terpilih yang mempunyai ciri-ciri yang diingini supaya anak pokok itu mewarisi ciri berkenaan sepenuhnya. |
clone | klon | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bahan tanaman yang dibiakkan secara tampang daripada induknya seperti kaedah cantuman, tut dan kultur tisu. Bahan tanaman ini tulen dan mempunyai baka yang sama dengan induknya. |
backcross | kacuk balik | Pertanian | Agronomi | Pengacukan antara hibrid dengan salah satu baka induknya. Tujuan kacuk balik adalah untuk menerapkan ciri induk yang baik kepada hibrid berkenaan atau supaya hibrid tersebut lebih mirip dengan salah satu induknya. |
back cross | kacukan balik | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses mengacukkan semula haiwan kacukan (hibrid) dengan salah satu induk asalnya atau dengan haiwan yang mempunyai persamaan genetik dengan induknya. Kacukan balik ini bertujuan untuk mendapatkan anak yang mempunyai identiti genetik yang serupa dengan induknya. Contoh kacukan balik pada haiwan adalah seperti pengekalan warna hitam dan putih pada lembu baka Friesian. |
transient equilibrium | keseimbangan fana | Kejuruteraan | Tiada | Keseimbangan radioaktif yang separuh hayat induknya adalah pendek dibandingkan dengan tempoh percubaan dan penurunan keaktifan induk boleh dicerap. |
backcross | kacuk balik | Bioteknologi | Tiada | Kacukan antara hibrid dengan salah satu daripada induknya. Kacukan ini melibatkan kacukan induk yang genotipnya tidak diketahui dengan homozigot resesif untuk membolehkan fenotip progeninya mewakili kromosom yang dibawa oleh induk yang genotipnya tidak diketahui. |
auxotrophy | auksotrofi | Perubatan | Tiada | Keadaan organisma yang memerlukan faktor pertumbuhan yang tidak diperlukan oleh strain induknya. |
afterbody | rangka lepas | Aeroangkasa | Tiada | Bahagian pesawat yang memasuki ruang udara selepas berpisah daripada bahagian induknya. |
prudential reproduction | pembiakan prudential | Biologi | Ekologi | Pembiakan dengan penghasilan anak yang sedikit yang dijaga oleh induknya, seperti yang berlaku kepada kambing. Bandingkan pembiakan profligat. |
backcross | kacukan balik | Herba | Botani dan Bioteknologi | Kacukan yang melibatkan satu hibrid dengan salah satu daripada induknya. Kacukan ini bertujuan untuk menulenkan dan menstabilkan hibrid tersebut. |
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close