Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ni] | اين

Definisi : kata yg digunakan utk menunjuk waktu, tempat atau benda yg dekat: Binatang apa ~?. sekarang ~ pd masa sekarang; petang ~ petang nanti; ~ pula istimewa pula; lebih-lebih lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ini

Puisi
 

Halia ini tanam-tanaman,
     Di darat jua tumbuhnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
     Akhirat jua akan sungguhnya.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Hari ini sedang panas panjang,
     kacang telah lupakan kulitnya.

Bermaksud :

Orang miskin jadi kaya, lupa akan dirinya.

 

Lihat selanjutnya...(12)

613

One good turn deserves another

Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).

Syariat palu memalu, hakikat balas membalas.

''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.

''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Syariat palu memalu, hakikat balas membalas,'' kata Salina kepada saya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(244)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
commercial policy (health)polisi perdagangan (kesihatan)Pentadbiran PerniagaanTiadaPada asalnya istilah ini digunakan bagi sejenis polisi yang dijual kepada individu yang terlibat dengan perdagangan. Ini adalah untuk membezakan mereka dengan pekerja yang terlibat dengan perindustrian. Tetapi buat masa ini, istilah ini dipakai untuk memberi makna polisi yang tidak diberi jaminan pembaharuan.
this office view this matterpejabat ini memandang perkara iniPentadbiranTiadaTiada
cobalaminekobalaminFarmasiTiadaVitamin antianemia pernisius yang mengandungi atom kobalt dalam keadaan trivalen dan merupakan komponen koenzim yang terlibat dalam pemindahan kumpulan karboksil di dalam molekul sebatian ini. Vitamin ini juga mempengaruhi sintesis asid nukleik, metabolisme lemak, glisina, serina, metiomina, dan kolina. Terdapat tiga bentuk aktif sebatian ini, iaitu sianokobalamin, nitrokobalamin, dan hidrosikobalamin.
personal filmfilem peribadiKomunikasiTiadaFilem yang bersifat percubaan dan selalunya tidak mematuhi peraturan yang terdapat di dalam pembikinan filem-filem popular. Filem ini biasanya ini mencerminkan kecenderungan dan keperibadian pembuat filem tersebut.
personal article floaterpengapung artikel persendirianPentadbiran PerniagaanTiadaPengapung ini asalnya digunakan berserta polisi marin dalaman. Sekarang pengapung ini boleh dijual berasingan sebagai satu polisi atau dikepil kepada polisi harta yang sedia ada, seperti insurans empunya rumah. Pengapung ini digunakan untuk menyenaraikan barang kemas dengan amaun tercatat bagi setiap barang. Perlindungan ini selalunya dalam bentuk semua risiko.
half squatsepara cangkungSukanTiadaLatihan ini dilakukan dengan palang dan beban di hadapan atau di atas belakang bahu. Latihan ini dilakukan separa cangkung turun dan naik. Latihan ini boleh dilakukan berulang kali.
chiasmuskiasmusKesusasteraanTiadaDua pasangan kata disusun sedemikian rupa sehingga susunan pertama berkaitan dengan susunan ke empat. "Pendeklah hidup ini, ya kita ini pendek adanya".
determinative pronounkata ganti penentuLinguistikTiadaKata ganti penunjuk atau kata ganti milik yang boleh berfungsi sebagai namaan. Contohnya, Ini dalam ayat ini lebih berguna kepada kita.
major hospitalization policypolisi hospital utamaPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi ini sama seperti polisi perubatan utama. Walau bagaimanapun polisi ini terhad kepada belanja yang timbul apabila pihak yang diinsuranskan dimasukkan ke hospital.
diesel oil cementsimen minyak dieselKejuruteraanTiadaSejenis simen telaga minyak kelas khas yang menggunakan minyak diesel sebagai pengganti air. Ke dalam simen ini juga biasanya ditambahkan bahan aktif permukaan dalam kuantiti tertentu. Buburan simen ini tidak akan mengeras sehinggalah ia bersentuhan dengan air. Kegunaan utama simen jenis ini adalah untuk menutup pengeluaran air dari selang pelengkapan dalam telaga.
12345678910...

Kembali ke atas