HLA DQα1 | HLA DQα1 | Sains Forensik | Tiada | 1. Lokus yang digunakan dalam pemprofilan DNA forensik. Lokus ini mengandungi lapan lokus umum, yang terdiri daripada alel 1 yang terdiri daripada tiga subkumpulan, iaitu 1.1, 1.2, dan 1.3, alel 2, alel 3 dan alel 4 yang juga terdiri daripada tiga subkumpulan. Sebelum ini, istilah ini dikenali dengan nama HLA DQα. 2. Nama bagi kit komersial forensik DNA untuk menganalisis lokus HLA DQα1 yang mampu membezakan alel 4 kepada tiga subkumpulannya, iaitu 4.1, 4.2 dan 4.3 selain daripada alel 1.1, 1.2, 1.3, 2 dan 3. Sinonim DQα1. |
1-1 heat exchanger | penukar haba 1?1 | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penukar haba jenis satu laluan yang membenarkan laluan bendalir hanya sekali di dalam bahagian kelompang dan tiub. Dengan ini, hanya terdapat satu kelompang yang menjadi bekas bagi kesemua tiub. Penukar haba ini merupakan penukar haba yang paling ringkas tetapi jarang-jarang digunakan dalam amalan industri kerana halaju bendalir terlalu rendah, kadar pemindahan haba yang tidak cekap, dan tiub yang panjang diperlukan untuk mencapai pemanasan atau penyejukan yang diperlukan. Penukar haba ini juga mengalami masalah pengembangan aliran bendalir yang mengakibatkan kejatuhan tekanan yang tinggi. |
PCX | PCX | Teknologi Maklumat | Tiada | Kependekan bagi PC PaintBrush X. PCX ialah format fail grafik raster untuk memampat imej monokrom, warna 2-bit, 4-bit, 8-bit, dan 24-bit. Format ini menggunakan RLE untuk menghasilkan nisbah pemampatan 1.1:1 hingga 1.5:1. Lazimnya format ini digunakan untuk imej latar belakang oleh aplikasi grafik yang digunakan pada komputer peribadi (PC). Format PCX dibangunkan oleh Zsoft Corporation untuk digunakan secara komersil pada program PC Paintbrush. Fail imej PCX berakhir dengan ‘.pcx’. Lihat pengekodan panjang jalan (RLE). |
United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA)) | Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan di bawah PBB yang beribu pejabat di Amman, Jordan. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1949 menggantikan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin sebagai pertubuhan utama PBB dalam hal ehwal pelarian Palestin. Pada tahun 1999, lebih kurang 3.6 juta orang yang menjadi pelarian akibat beberapa peperangan yang berlaku antara negara Arab dengan Israel, telah berdaftar dengan UNRWA. Daripada jumlah ini, 1.1 juta orang ditempatkan di kem pelarian UNRWA. Walaupun pada asalnya pertubuhan ini hanya memainkan peranan dalam urusan penghantaran balik pelarian ke negara asal mereka, ganti rugi dan penempatan semula, pertubuhan ini kemudiannya terpaksa memikul tanggungjawab menyediakan rumah, makanan dan pendidikan bagi pelarian ini di Lubnan, Syria, Jordan, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Pertubuhan ini juga menghadapi pelbagai masalah berkaitan persaingan kepentingan antara Israel, negara- negara Arab dan pergerakan Palestin. Sinonim UNRWA. |
human immunodeficiency virus type 1 (HIV-1) | human immunodeficiency virus type 1 (HIV-1) | AIDS | Tiada | HIV yang lebih virulen daripada HIV-2. Jangkitan HIV ini bermula di Afrika dan merebak diseluruh dunia. |
1-2 heat exchanger | penukar haba 1?2 | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penukar haba jenis dua laluan dengan memperbaik konsep penukar haba 1-1 secara mengurangkan luas keratan kelompang. Ini dilakukan supaya halaju bendalir meningkat bagi kadar pemindahan haba yang lebih cekap. Bendalir di dalam kelompang hanya mengalir dalam satu laluan tetapi bendalir di dalam tiub pada mulanya mengalir selari dan kemudian menyongsang dengan arah laluan bendalir di dalam kelompang. Dengan ini, bendalir di dalam tiub mengalir dua kali melewati bendalir di dalam kelompang bagi memastikan masa yang cukup untuk menukarkan haba. Penukar haba ini lebih kompleks, mengalami kehilangan geseran yang tinggi, dan gagal menaikkan suhu bendalir di dalam tiub ke suhu menghampiri suhu bendalir di dalam kelompang. |
shaver socket | soket pencukur | Teknik | Elektrik | Soket alur keluar dua pin, khas untuk kegunaan pencukur. Soket ini biasanya dibekalkan melalui pengubah memencil bernisbah 1:1. |
particulate organic matter (POM) | bahan organik zarahan (POM) | Sains Marin | Tiada | Bahan organik yang terdiri daripada bahan organik pecahan kasar atau bahan makroorganik yang berukuran diameter di antara 0.1 - 1.0 mikrometer. Bahan ini terdiri daripada detritus, bakteria, fitoplankton, zooplankton dan sebagainya. |
Ca:P ratio | nisbah Ca:P | Veterinar | Tiada | Nisbah yang sesuai dalam pemberian kalsium dan fosforus pada ternakan untuk mengelakkan kekurangan atau berlebihan salah satu unsur ini yang boleh menyebabkan gangguan metabolisme. Pada umumnya ternakan memerlukan nisbah Ca:P 1:1 hingga 2:1. Walau bagaimanapun, bagi unggas penelur nisbahnya ialah 3-4:1. Jika kalsium terlalu rendah boleh menyebabkan penyakit rikets pada ternakan muda. Pada ruminan, fosforus yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit urinari kalkuli. |
correlation coefficient | koefisien korelasi | Hidrologi | Tiada | SILA RUJUK RAJAH DI HLM. 25 Ukuran kesalingbersandaran linear dua variat, x dan y bermin x, y. Jika r = 1 ini menunjukkan secara umum yang korelasi itu adalah positif tepat, r = - 1 menunjukkan korelasi negatif tepat dan r = 0 menunjukkan tidak adanya korelasi. |