Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.te.gra.si] | اينتݢراسي

Definisi : penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan, penyatuan: soal ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Singapura; pencapaian ~ budaya hanya mungkin tercapai dgn mencari ruang-ruang budaya yg membolehkan wujudnya kerjasama dlm erti yg sebenar; berintegrasi bergabung, berpadu; mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan: semua suku harus ~ diri menjadi satu keluarga besar bangsa Indonesia; peranan pemasaran harus diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi; terintegrasi disatupadukan: bangsa yg ~ kelompok etniknya; pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, pandangan, dll): akademi gelanggang terbuka bagi ~ perspektif pelbagai bidang sains sosial; ini merupakan kesan langsung drpd kegagalan ~ politik negara kota itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.te.gra.si] | اينتݢراسي

Definisi : gabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Usaha dilakukan utk mewujudkan ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Malaysia. berintegrasi 1 bergabung supaya menjadi kesatuan (yg utuh); berpadu: Penulis membuat andaian bahawa masyarakat tsb suka menyendiri dan tidak suka bantu-membantu dan ~. 2 digabungkan dan menjadi kesatuan (yg utuh): Sistem ini berasaskan konsep pelanggan/pelayan dgn rangkaian ~ di semua pejabat cawangan. mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Semua suku kaum harus ~ diri menjadi satu keluarga besar dlm sesuatu bangsa. Peranan pemasaran hendaklah diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi. terintegrasi digabungkan atau dipadukan: bangsa yg ~ kelompok suku kaumnya. pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, bahagian dll): ~ nilai murni dan nilai agama dlm pendidikan memungkinkan lahirnya model terbaik bakal membentuk generasi yg akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
integrasi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :satu, penyatuan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
integration strategystrategi integrasiPengurusanPerancanganStrategi yang boleh menghasilkan kelebihan dalam persaingan melalui konsep penyatuan atau penggabungan. Terdapat dua kategori strategi integrasi, iaitu integrasi mendatar dan integrasi menegak. Integrasi mendatar berlaku apabila organisasi meningkatkan penguasaan melalui pesaing, menggunakan kaedah pengambilalihan dan penggabungan. Integrasi menegak berlaku apabila organisasi terlibat secara langsung dalam kegiatan pembekalan bahan mentah (contohnya, mengambil alih syarikat pembekal) atau pengedaran (contohnya, mengambil alih syarikat pengedar). Lihat juga integrasi ke belakang, integrasi ke hadapan, integrasi menegak, integrasi mendatar.
horizontal integrationintegrasi mendatarPengurusanPerancanganStrategi integrasi melalui aktiviti pengambilalihan atau penyatuan satu atau lebih organisasi pesaing dalam industri yang sama. Aktiviti pengambilalihan atau penyatuan tersebut akan mengurangkan bilangan pesaing serta boleh membawa kepada penerokaan pasaran baharu. Contohnya, sebuah bank mengambil alih pemilikan sebuah bank lain, yang juga merupakan pesaingnya di pasaran. Lihat juga strategi integrasi, pengambilalihan, penyatuan, integrasi menegak.
vertical integrationintegrasi menegakPengurusanPerancanganSalah satu strategi penggabungan institusi perniagaan melalui tindakan memperoleh organisasi lain di peringkat aktiviti operasi yang sama bagi membentuk entiti yang baharu. Aktiviti organisasi yang sama boleh berlaku di peringkat pengeluaran atau pengedaran. Contohnya, penggabungan dengan organisasi lain di peringkat pengeluaran untuk mendapatkan bahan mentah, manakala penggabungan dengan organisasi lain di peringkat pengedaran untuk melancarkan agihan produk kepada pengguna. Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mengawal pengagihan produk kepada pengguna dengan lebih efisien. Lihat juga integrasi mendatar, integrasi ke hadapan, integrasi ke belakang.
partial integrationintegrasi separaEkonomiTiadaIntegrasi yang tidak lengkap atau tidak melibatkan keseluruhan proses pengeluaran.
forward integrationintegrasi ke hadapanPengurusanPerancanganTindakan strategik yang dilakukan oleh sesebuah organisasi dengan membeli atau memiliki entiti syarikat lain yang terlibat sebagai ejen pengedaran atau wakil jualan. Strategi integrasi ke hadapan bertujuan untuk mengawal saliran pengagihan dan penjualan barangan dengan lebih berkesan, dan mengatasi sebarang masalah atau kekurangan yang berpunca daripada ejen pengedaran atau wakil jualan. Contohnya, syarikat penerbangan yang mengambil alih syarikat penjualan tiket penerbangan untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos operasi, dan seterusnya boleh menawarkan tiket pada harga yang lebih kompetitif kepada pelanggannya. Lihat juga integrasi ke belakang.
association cortexkorteks gabunganSains SukanBiomekanikKawasan khusus pada korteks serebrum, tempat berlakunya proses integrasi pelbagai jenis impuls. Contohnya, proses integrasi sensorimotor dan audiovisual.
integration testingujian integrasiTeknologi MaklumatPerisianSalah satu proses dalam kitaran hayat pembangunan perisian yang modulnya dalam sesebuah perisian digabung dan diuji secara berkelompok. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk memastikan keserasian unit-unit yang berlainan apabila digabungkan. Selain itu, prestasi dan kebolehpercayaan unit dapat diukur melalui ujian ini. Ujian integrasi biasanya dilakukan selepas ujian unit dan sebelum ujian sistem.
backward integrationintegrasi ke belakangPengurusanPerancanganTindakan strategik yang dilakukan oleh sesebuah organisasi dengan membeli atau memiliki entiti sesebuah syarikat lain yang terlibat sebagai pembekal dalam rantaian pembekalan bahan pengeluaran atau perkhidmatan. Tindakan ini bertujuan untuk mengawal kos dan penerusan pembekalan bahan supaya tidak menjejaskan proses pengeluaran atau operasi perkhidmatan. Contohnya, hotel yang membeli syarikat dobi untuk melancarkan perkhidmatan pencucian kepada pelanggannya. Lihat juga integrasi ke hadapan.
plantation integration areakawasan integrasi perladanganPertanianAgroteknologiKawasan di dalam satu ladang seperti kelapa sawit, getah dan kelapa yang mengamalkan penanaman tanaman lain bersama-sama tanaman asas. Contohnya, dalam satu kawasan ladang getah, jenis tanaman lain seperti rotan, buah-buahan dan buluh boleh ditanam di antara barisan pokok getah. Usaha sedemikian boleh memberi sumber pendapatan kepada pengusaha ladang sekiranya harga getah turun. Di Malaysia, kawasan integrasi perladangan yang biasa diamalkan ialah penternakan lembu daging dan kambing bersama-sama dengan tanaman kelapa sawit.
integrationintegrasi; pengamiran; pemaduanFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas