Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian yg terpenting (terutama) dlm sesuatu perkara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
inti (kata nama)
Bersinonim dengan isi, ramuan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
essenceinti patiPendidikanTiada

 Tindakan meletakkan sesuatu benda dalam kelompok atau spesies yang sebenar.

inscape and instresspenjana inti patiKesusasteraanTiadaPenyatuan dua unsur untuk mencetuskan kefahaman mistik tentang kesatuan alam ciptaan Tuhan dalam karya sastera. Unsur tersebut menyerlahkan keunikan objek semula jadi atau objek seni di satu pihak dengan tenaga yang diperlukan untuk menyerlahkan keunikannya di pihak yang lain.
epilogueepilogKesusasteraanPuisiBahagian penutup yang ditambah pada sesebuah tulisan atau karya sastera. Fungsinya untuk menyampaikan inti pati cerita atau mentafsirkan maksud serta persoalan dalam karya tersebut.
dianoiadianoiaKesusasteraanTiadaPemaparan unsur pemikiran yang terkandung dalam sesebuah karya sastera. Unsur pemikiran yang dipaparkan merupakan inti pati sesuatu idea yang terdapat dalam karya, biasanya karya puisi. Unsur pemikiran tersebut sering diungkapkan sebagai tema utama, tergambar dengan kesan emosi, kepercayaan, kenyataan atau corak tingkah laku watak yang terdapat dalam karya tersebut. Menurut Aristotle, dianoia merupakan salah satu daripada tiga unsur dalam karya sastera selain unsur mitos (cerita atau plot) dan etos (perwatakan).
program coverageliputan rancanganKomunikasiKorporat1. Proses membuat liputan sesuatu acara di luar studio radio dan televisyen. Genre rancangan adalah pelbagai, iaitu daripada yang berbentuk bicarawara hingga ke genre hiburan dan liputan acara rasmi hal ehwal semasa. Contohnya, liputan rancangan di Malaysia ditentukan oleh beberapa faktor seperti peringkat kepentingan dan kerasmian sesuatu acara atau majlis yang berlangsung, ciri khalayak, serta waktu dan tempoh siaran. Bagi stesen swasta, liputan sesuatu rancangan dilakukan sekiranya memberikan pulangan yang tinggi kepada stesen berkenaan. 2. Jumlah isi rumah yang menerima sesuatu rancangan melalui satu atau lebih stesen. Hal ini disebabkan penilik radio atau televisyen berkenaan berada di kawasan yang dapat dicapai oleh liputan siaran rancangan tersebut. 3. Liputan kandungan sesuatu rancangan radio atau televisyen. Liputan ini merangkumi isi atau inti pati penting yang wujud dalam sesebuah rancangan yang boleh memberikan gambaran dengan jelas mengenai genre dan tema rancangan yang dapat memberikan kesan o

Kembali ke atas