Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata iramanya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clerihewclerihew (puisi)KesusasteraanTiadaBentuk puisi ringan yang mengandungi dua kuplet yang tidak sama pada iramanya dan mengambil nama orang yang terkenal untuk membentuk salah satu daripada iramanya.
nonsense versepuisi karutKesusasteraanTiadaSajak ringan yang sangat mengasyikkan kerana iramanya yang menarik dan gagasan yang diada-adakan.
plain chantplainsongKesenianSeni Muzik1. Melodi vokal tunggal tanpa iringan yang iramanya ditentukan oleh lirik dan tidak dibahagikan kepada bar tertentu. 2. Melodi vokal dalam liturgi Kristian. Plainsong bertekstur monofoni tanpa iringan, tidak bermeter, berirama bebas, tanpa garis bar dan dinyanyikan secara canta. Plainsong juga dikenali sebagai canta Gregorian.
alliterative poetrypuisi aliterasiKesusasteraanTiadaPuisi yang mengutamakan unsur-unsur aliterasi dalam struktur pola iramanya umumnya berdasarkan pengulangan kata-kata awal atau bunyi-bunyi dalam baris puisi itu sendiri.
jogetjogetMuzikTiadaLagu dan tarian sosial rancak Melayu yang bermeter kuadrupel dan mempunyai rentak empat bit. Pukulan gong pada setiap dua bit. Iramanya menggunakan tiga not per bit dan dua not per bit seperti yang terdapat dalam muzik Portugis dan Sepanyol. Lagu joget diiringi oleh ensembel asli atau ronggeng. Alat muĀ­zik yang terlibat termasuklah biola, akordian, rebana dan gong. Lagu joget mempunyai bentuk stropik yang berasaskan teks pantun, iaitu bahagian A dan B. Bahagian A ialah pembayang pantun dan bahagian B, maksud pantun manakala bahagian C pula berfungsi sebagai koda. Contoh lagu joget ialah Serampang Laut dan Hitam Manis. Joget dikenali juga sebagai ronggeng. Lihat juga pentas joget, ronggeng, branyo.
congacongaMuzikTiada

 Sejenis lagu atau tarian yang berasal dari Cuba. Conga bertempo laju dan bermeter kuadrupel. Iramanya diberi penekanan pada bit keempat dalam setiap bar dan rentaknya sinkopasi.

poetrypuisiKesusasteraanTiadaPengucapan yang imaginatif yang lahir daripada perasaan yang mendalam. Puisi melahirkan secara spontan perasaan yang membuak yang timbul daripada gaya ingatan ketika berada dalam keadaan tenang. Definisi ini diutarakan oleh penyair seperti Wordsworth. Menurut Edwin Arlington Robinson, puisi ialah ungkapan bahasa yang menyampaikan sesuatu mesej melalui reaksi emosi, sesuatu kata-kata yang sukar hendak dinyatakan. Penulisan puisi biasanya menggunakan rima, ritma, matra, baris dan rangkap. Ciri utama bentuk puisi ialah iramanya. Irama dalam puisi biasanya bersifat tersusun dan teratur dan susunan ini memberi variasi kepada keseragaman bunyi apabila puisi itu dibacakan. Dalam penulisan puisi, penyair mempunyai lebih kebebasan dalam membentuk ayat berbanding dalam penulisan prosa. Oleh sebab penulisan puisi agak pendek, maka penulisan puisi memerlukan kepadatan kata-kata bagi menimbulkan kesatuan yang mantap dan berkesan. Bait puisi dihidupkan oleh bahasa yang indah dan imaginatif. Selain itu, bahasa puisi mempun

Kembali ke atas