burrowing organism | organisma penggali | Sains Marin | Tiada | Organisma infauna yang mempunyai keupayaan menggali ke dalam sedimen. Organisma penggali sangat penting kepada ekosistem bentik kerana aktiviti organisma penggali mempengaruhi kedinamikan, irigasi dan kadar pengoksigenan sedimen. Contohnya, kerang, ikan belacak, siput pepahat, cacing poliket dan lain-lain. Lihat juga biokacauan. |
dilutional hyponatraemia | hiponatremia pencairan | Perubatan | Tiada | Penurunan paras natrium di bawah julat normal, iaitu 135 mmol/L hingga 145 mmol/L dalam serum. Penurunan ini boleh disebabkan retensi air, infusi larutan hipotonik atau irigasi larutan hipotonik semasa pembedahan endoskopi kelenjar prostat. |
bioturbation | biokacauan | Sains Marin | Tiada | Gangguan terhadap lapisan sedimen yang disebabkan oleh aktiviti organisma hidup, terutamanya organisma penggerek dan penggali seperti cacing poliketa, timun laut dan ikan pari. Biokacauan melibatkan pergolakan dan percampuran lapisan- lapisan sedimen, yang seterusnya menyebabkan perubahan pada sifat sedimen seperti tekstur, keadaan pengudaraan, pengoksidaan, liang dan irigasi sedimen. Biokacauan penting kepada ekologi kawasan bentik kerana mewujudkan ruang (spatial) baharu yang boleh dikolonisasikan semula oleh berbagai-bagai spesies bentos. Selain itu, peningkatan pengudaraan dan irigasi sedimen membolehkan organisma bentos meneroka lebih jauh ke dalam sedimen. |