anisometric | tak isometrik | Sains Sukan | Biomekanik | Berkaitan dengan penguncupan otot yang tidak melibatkan isometrik. Lihat juga penguncupan isometrik. |
isometric contraction | penguncupan isometrik | Sains Sukan | Biomekanik | Penguncupan yang tidak melibatkan perubahan pada panjang otot. Penguncupan ini menghasilkan daya tetapi tidak menghasilkan pergerakan. Contohnnya, dalam acara larian pecut, semua otot pelari mengalami penguncupan isometrik ketika mengawal postur antara tempoh �bersedia� dengan tembakan pelepas. |
isometric | isometrik | Farmasi | Tiada | 1. Proses yang berlaku pada tekanan tetap. 2. Ukuran farmakologi yang menggunakan tisu otot berukuran tetap pada panjang yang malar. |
isometric | isometrik | Gerontologi | Tiada | Proses pengecutan otot tanpa melibatkan pergerakan sendi. |
nonisometric | tak isometrik | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
isometric projection | unjuran isometrik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Lukisan kejuruteraan yang menunjukkan gambaran objek menurut tiga satah, iaitu satah x-y, x-z, dan y-z yang serenjang antara satu sama lain. Sementara itu paksi x dan y condong 30° terhadap garis ufuk. Lukisan ini banyak digunakan dalam proses reka bentuk produk. |
gersdorffite | gersdorfit | Geologi | Tiada | Mineral isometrik yang berwarna putih perak atau kelabu keluli, dan mungkin mengandungi sedikit besi dan kobalt. |
smaltite | smaltit | Geologi | Tiada | Mineral isometrik berwarna putih timah atau kelabu pucat yang biasanya mengandungi sedikit besi, sering kali terdapat bersama-sama kobaltit, dan mewakili bijih kobalt dan nikel. |
tetrahedrite | tetrahedrit | Geologi | Tiada | Mineral isometrik berwarna kelabu keluli atau hitam besi yang biasanya mengandungi zink, plumbum, merkuri, kobalt, nikel, atau perak yang menggantikan sebahagian tembaga. |
cuprite | kuprit | Geologi | Tiada | Mineral isometrik berwarna merah yang berupa bijih tembaga yang utama, dan terdapat sebagai mineral sekunder di zon peluluhawaan rod tembaga. |