Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.han] | جاهن

Definisi : 1. sj ikan laut (ridipnya berbisa), Arius thalassinus; 2. sj ikan laut Neroma tha­las­sinus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
allegoryalegoriKesenianSeni BinaLuahan idea secara halus atau kiasan dalam bentuk seni. Idea dan ekspresi seni ini diluahkan dalam bentuk penghasilan arca, monumen, lukisan atau ukiran yang bermotifkan flora dan fauna. Contohnya, bangunan Taj Mahal dibina untuk melambangkan kasih sayang Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal yang diluahkan dalam bentuk monumen.
anecdoteanekdotKesusasteraanTiadaNaratif ringkas tentang sesuatu perkara yang dianggap benar-benar berlaku dalam sejarah kehidupan seseorang tokoh. Anekdot biasanya wujud dalam penulisan biografi, esei, dan ucapan tertentu. Anekdot bertujuan untuk memperincikan perwatakan seseorang dan memberikan penekanan kepada sesuatu idea yang abstrak agar lebih konkrit dan mudah difahami. Tema dan plot sesuatu anekdot biasanya ringkas dan mudah. Kebanyakannya mengandungi mesej yang bersifat didaktik, ironi, dan sindiran. Ada kalanya anekdot penuh dengan kisah lucu dan menghiburkan hati pembaca. Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat anekdot tentang tokoh sejarah tertentu dalam karya sastera bercorak sejarah. Contohnya dalam Sejarah Melayu terdapat anekdot tentang Tun Perak, Tun Mutahir, Tun Fatimah, sultan, pembesar, dan watak lain. Kisah �Tun Mai Ulat Bulu� belajar mengaji dengan Makhdum Sadar Jahan merupakan salah satu anekdot lucu yang menarik. Anekdot lucu juga boleh ditemui dalam cerita �Pak Kaduk� dan �Lebai Malang�.

Kembali ke atas