placenta | plasenta | Perubatan | Tiada | Organ yang menghubungkan ibu dengan janin di dalam rahim. Struktur yang berbentuk bulat ini terlekat pada dinding rahim dan di bahagian tengahnya terdapat tali pusat yang menyambungkannya dengan janin. Fungsi utamanya ialah membekalkan makanan termasuk oksigen daripada ibu kepada janin dan juga mengeluarkan bahan kumuh daripada janin melalui ibu. Struktur ini terkeluar daripada rahim selepas kelahiran bayi. |
pregnancy | kehamilan | Kejururawatan | Tiada | Keadaan kehadiran janin yang berkembang dalam uterus selama 9 bulan dan 10 hari. Ia dicirikan dengan pemberhentian haid, loya dan muntah, pembesaran payu dara, pigmentasi puting, pembesaran abdomen, pergerakan janin dan bunyi denyutan jantung janin. |
حبل الحبلة | anak janin | Agama Islam | Fiqh | Anak janin binatang yang masih dalam perut ibunya. |
fetal attitude | atitud janin | Kejururawatan | Tiada | Perhubungan bahagian janin, iaitu kepala, spina dan anggota-anggotanya antara satu dengan lain. |
fetal monitoring | pemantauan janin | Kejururawatan | Tiada | Pemerhatian terhadap maklumat keadaan janin. Contohnya, elektrokardiogram dan fetal oksimetri nadi. |
placenta | plasenta | Veterinar | Praklinikal | Organ fetomaternal yang terbentuk semasa kebuntingan mamalia. Plasenta merupakan suatu organ endokrin sementara yang menghubungkan ibu dengan janin serta menghasilkan hormon progesteron dan estrogen. Plasenta memindahkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan hasil buangan janin ke dalam edaran darah ibu. Plasenta mempunyai tapak pelekatan bervesel yang berbeza mengikut spesies. Contohnya plasenta tersebar pada kuda; plasenta kotiledon pada lembu; plasenta zonari pada kucing dan plasenta diskoid pada monyet. |
fetal growth and development monitoring | pemantauan perkembangan dan pembesaran janin | Perubatan | Tiada | Proses memantau pembesaran dan perkembangan janin dan mengesan ketaknormalan sepanjang tempoh kehamilan. |
fetal growth and development monitoring | pemantauan perkembangan dan pembesaran janin | Kejururawatan | Tiada | Proses memantau pembesaran dan perkembangan janin dan mengesan ketaknormalan sepanjang tempoh kehamilan. |
abortus | abortus | Farmasi | Farmakologi | Janin yang gugur daripada kandungan yang beratnya kurang daripada 500 gram atau berusia kurang dari 21 minggu pada waktu kegugman. Janin ini biasanya telah mati atau tidak berupaya untuk hidup dalam tempoh yang lama. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan berlakunya gejala ini, antaranya ialah perdarahan pada vagina atau kesan daripada pengambilan drug tertentu. |
amniotic fluid | cecair amnion | Kejururawatan | Tiada | Cecair jernih dalam uterus yang melindungi janin daripada kejutan dan membolehkan janin bergerak serta menghalang kehilangan haba. |