azimuth | azimut | Kejuruteraan | Petroleum | 1) Arah lencongan lubang gerudi yang dirujukkan kepada arah utara magnet bumi dan diukur mengikut arah jarum jam. Arah ini biasanya diukur dengan menggunakan peralatan lencongan yang dimasukkan ke dalam lubang berkenaan. 2) Lengkung yang dirakam dalam survei meter junam. Apabila dilihat dari atas lubang, ia merupakan sudut di antara arah utara magnet bumi dengan elektrod rujukan nombor satu yang terdapat pada sonde. Sudut ini diukur mengikut arah jarum jam. |
veering wind | angin menganan | Sains | Hidrometeorologi | Angin yang berubah mengikut arah gerakan jarum jam di kedua-dua hemisfera. |
veering (wind) | menganan (angin) | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Berkenaan perubahan arah angin yang berubah mengikut arah gerakan jarum jam di kedua-dua hemisfera. |
backing (wind) | mengiri (angin) | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Berkenaan perubahan arah angin yang berubah melawan arah gerakan pusingan jarum jam di kedua-dua hemisfera. |
anti-clockwise | lawan arah jam | Mekanik | Gunaan | Bertentangan dengan gerakan jarum jam. Istilah ini biasanya digunakan untuk memerihalkan hala gerakan sudut atau hala momen dalam dua dimensi yang boleh diwakili anak panah membulat. |
anticlockwise | lawan arah jam | Matematik | Tiada | Arah pusingan bertentangan arah pusingan jarum jam. |
clockwise | ikut arah jam | Matematik | Tiada | Alat putaran mengikut arah pusingan jarum jam. |
clockwise rotation | putaran ikut jam | Sosiologi | Tiada | Arah putaran mengikut pusingan jarum jam. |
counterlockwise | lawan arah jam | Matematik | Tiada | Arah pemusingan berlawan dengan arah pusingan jarum jam. |
counterclockwise rotation | putaran lawan jam | Sosiologi | Tiada | Arah putaran yang berlawanan dari arah pusingan jarum jam. |