Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; gula ~ gula kelapa; tembakau ~ sj tembakau dr Jawa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; asam ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Tamarindus indica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; burung ~ sj burung, Aceros plicatus subruficollis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jawa

Puisi
 

Ajuk-ajuk pemarang Jawa,
     Jawa dari sebelah bukit;
Jangan merajuk mahkota jiwa,
     Tidak kurasa salah sedikit.


Lihat selanjutnya...(67)
Peribahasa

Manis bagai gula Jawa.

Bermaksud :

Persesuaian dalam segenap hal-ehwal.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wayang kulit Jawawayang kulit JawaMuzikTiada

Teater wayang yang berasal dari Jawa, Indonesia. Di Malay­sia, wayang kulit Jawa merupakan teater rakyat orang berketurunan Jawa di Johor. Teater ini masih mengekalkan ciri wayang kulit purwa asli seperti penggunaan patung Jawa cerita epik Mahabharata serta diiringi ensembel gamelan Jawa. Sinonim wayang kulit purwa. Lihat juga wayang gedek, wayang kulit Kelantan, wayang kulit Melayu, nang talung.

Keris Jenis JawaKeris Jenis JawaKerisTiadaKeris yang berasal dari Jawa. Terdapat lebih daripada seratus jenis.
gendang Jawa (Mal)gendang JawaKesenianTiadaGendang dua muka yang dimainkan di dalam kumpulan gamelan Melayu dan gamelan Jawa.
gamelan Jawagamelan JawaMuzikTiadaEnsembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang diperkembang di Surakarta dan Jogjakarta dari awal kurun Masihi. Ensembel ini dimainkan bagi upacara dan hiburan orang bangsawan di istana dan rakyat biasa di desa. Gamelan Jawa juga dipersembahkan untuk mengiringi tarian dan wayang. Alat muzik merangkumi alat yang menandakan masa seperti gong ageng, suwukan, siyem, kempul, kenong, ketuk dan kempyang; alat yang menghasilkan melodi asas seperti saron demung dan saron barung; alat yang membungai melo­di asas seperti bonang, gambang, rebab, suling dan celempung serta alat dram seperti gendang, ciblong dan ketipung. Penyanyi pesindhen dan gerong juga membungai melodi asas. Dua jenis skel yang digunakan ialah skel lima ton, iaitu slendro dan tujuh ton, iaitu pelog.
jawa demamjawa demamKerisTiadaHulu yang berbentuk seperti lembaga manusia yang sedang tunduk dan berpeluk tubuh seolah-olah orang demam.
kidungkidungMuzikTiada

 Nyanyian puisi klasik Bali dan Jawa dalam meter asli Jawa. Liriknya tentang kasih sayang dan peperangan dalam cerita panji. Panji ialah seorang wira dari Jawa Timur yang sedang mencari isterinya, Chandra Kirana yang telah hilang. Kidung juga dinyanyikan dalam teater gambuh dengan iringan gamelan gambuh.

wayang Jawawayang JawaMuzikTiada

Lihat wayang kulit Melayu.

gamelan Jawa (Mal)gamelan JawaKesenianTiadaGamelan yang berkembang di Johor.
Keris Jawa DemamKeris Jawa DemamKerisTiadaKeris yang mempunyai hulu yang menyerupai badan lembaga yang sedang tunduk dan berpeluk tubuh seakan-akan sedang demam.
awan larat jawaawan larat jawaKesenianTiadaMotif ukiran berunsur kosmos berbentuk awan yang bergulung-gulung.
12345678910...

Kembali ke atas