Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; gula ~ gula kelapa; tembakau ~ sj tembakau dr Jawa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jawa I

Puisi
 

Ajuk-ajuk pemarang Jawa,
     Jawa dari sebelah bukit;
Jangan merajuk mahkota jiwa,
     Tidak kurasa salah sedikit.


Lihat selanjutnya...(67)
Peribahasa

Manis bagai gula Jawa.

Bermaksud :

Persesuaian dalam segenap hal-ehwal.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wayang kulit Jawawayang kulit JawaMuzikTiada

Teater wayang yang berasal dari Jawa, Indonesia. Di Malay­sia, wayang kulit Jawa merupakan teater rakyat orang berketurunan Jawa di Johor. Teater ini masih mengekalkan ciri wayang kulit purwa asli seperti penggunaan patung Jawa cerita epik Mahabharata serta diiringi ensembel gamelan Jawa. <i>Sinonim i>wayang kulit purwa. <i>Lihat juga i>wayang gedek, wayang kulit Kelantan, wayang kulit Melayu, <i>nang talung.i>

Keris Jenis JawaKeris Jenis JawaKerisTiadaKeris yang berasal dari Jawa. Terdapat lebih daripada seratus jenis.
gendang Jawa (Mal)gendang JawaKesenianTiadaGendang dua muka yang dimainkan di dalam kumpulan gamelan Melayu dan gamelan Jawa.
gamelan Jawagamelan JawaMuzikTiadaEnsembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang diperkembang di Surakarta dan Jogjakarta dari awal kurun Masihi. Ensembel ini dimainkan bagi upacara dan hiburan orang bangsawan di istana dan rakyat biasa di desa. Gamelan Jawa juga dipersembahkan untuk mengiringi tarian dan wayang. Alat muzik merangkumi alat yang menandakan masa seperti gong ageng, suwukan, siyem, kempul, kenong, ketuk dan kempyang; alat yang menghasilkan melodi asas seperti saron demung dan saron barung; alat yang membungai melo­di asas seperti bonang, gambang, rebab, suling dan celempung serta alat dram seperti gendang, ciblong dan ketipung. Penyanyi pesindhen dan gerong juga membungai melodi asas. Dua jenis skel yang digunakan ialah skel lima ton, iaitu slendro dan tujuh ton, iaitu pelog.
kakawinkakawinKesusasteraanTiadaVersi puitis epik India yang terdapat di Jawa. Kakawin merupakan bentuk puisi Jawa Kuno. Kakawin disampaikan dalam bahasa Jawa Kuno dengan bentuknya mirip dengan puisi Sanskrit, iaitu kavya. Berdasarkan kaedah penciptaan kavya, kakawin memperlihatkan ciri-ciri seperti sebuah bait yang terdiri daripada empat baris. Setiap baris mempunyai jumlah suku kata yang sama dan disusun mengikut pola metrum yang sama. Kakawin juga mengandungi beberapa bait yang berturut-turut menggunakan metrum yang sama. Pola metrum kakawin disebut sebagai tembang gede (metrum besar), iaitu metrum yang dipengaruhi oleh prosodi India. Puisi kakawin yang asli ialah puisi yang mengagungkan para dewa, tuhan, dan para wira epik Hindu. Penciptaannya dikaitkan dengan proses meditasi para Kawi untuk mencapai tahap pencerahan kerohanian yang dikenali sebagai mokhsa. Kakawin terawal dan terkenal ialah Kakawin Arjuna Wiwaha yang menceritakan pemilikan senjata sakti oleh Arjuna untuk melawan raksasa. Kakawin lain yang berasaskan epik India ialah Bh
kidungkidungMuzikTiada

 Nyanyian puisi klasik Bali dan Jawa dalam meter asli Jawa. Liriknya tentang kasih sayang dan peperangan dalam cerita panji. Panji ialah seorang wira dari Jawa Timur yang sedang mencari isterinya, Chandra Kirana yang telah hilang. Kidung juga dinyanyikan dalam teater gambuh dengan iringan gamelan gambuh.

jawa demamjawa demamKerisTiadaHulu yang berbentuk seperti lembaga manusia yang sedang tunduk dan berpeluk tubuh seolah-olah orang demam.
wayang Jawawayang JawaMuzikTiada

<i>Lihat i>wayang kulit Melayu.

kakawinkakawinKesusasteraanPuisiPuisi yang berkembang dalam kesusasteraan Jawa Klasik . Bentuk irama kakawin dalam kesusasteraan Jawa ini jelas mendapat pengaruh daripada Asia Tengah (India) dan ditulis dalam bentuk tulisan (bahasa) kawi, iaitu bahasa Jawa Kuno yang sering dipakai dalam penciptaan hasil kesusasteraan. Contohnya, Kakawin Ramayana.
gamelan Jawa (Mal)gamelan JawaKesenianTiadaGamelan yang berkembang di Johor.
12345678910...

Kembali ke atas