selection committee | jawatan kuasa pemilih(an) | Pendidikan | Tiada | Tiada |
selection committee | jawatan kuasa pemilih(an) | Pendidikan | Tiada | Tiada |
pro tem committee | jawatan kuasa sementara | Sejarah | Tiada | Jawatankuasa atau perkumpulan orang yang dilantik merundingkan sesuatu masalah atau untuk sementara waktu sahaja sehingga tindakan selanjutnya diambil oleh pihak yang lebih tinggi. |
power politics | politik kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Politik yang berlegar dari sudut kuasa dan persaingan kuasa. Kuasa menjadi inti sari kepada segala aktiviti dan matlamat politik, justeru kuasa ini menjadi rebutan, persaingan dan tumpuan kepada pesaing politik. Kuasa juga dilihat sebagai penentu segala-galanya dalam politik dan penguasaannya boleh memberi kelebihan kepada seseorang untuk menguasai bidang lain seperti pentadbiran, perundangan, perniagaan, pangkat, penghormatan, jawatan penting dan pemerintahan. Individu yang terpengaruh dengan politik kuasa ini sanggup menipu, memutuskan persaudaraan, menggadaikan harta atau melakukan apa sahaja kerana politik. Dengan itu, politik bermakna kuasa dan kuasa tidak terpisah daripada politik seperti pandangan Robert Dahl dan Harold Lasswell iaitu kuasa berupaya menentukan siapa mendapat apa, bila, dan bagaimana. |
administrative politics | politik pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Senario, aktiviti dan fenomena politik yang wujud dalam persekitaran pentadbiran sesebuah organisasi. Politik pentadbiran wujud kerana persaingan untuk mendapatkan dan menggunakan kuasa, pengaruh dan sumber-sumber lain bagi kepentingan individu atau sekumpulan individu dalam organisasi. Keadaan ini melibatkan penggunaan kuasa dan keupayaan individu atau kumpulan untuk mempengaruhi individu atau kumpulan lain terutama dalam konteks perebutan jawatan, kuasa dan kepentingan. Biasanya politik pentadbiran sering kali dikaitkan dengan unsur-unsur negatif seperti ketidakadilan, sikap tidak jujur, berat sebelah, diskriminasi, mempergunakan orang lain dan sebagainya. |
political problem | masalah politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Masalah yang wujud berkaitan dengan hubungan personel, persaingan jawatan, perebutan kuasa, campur tangan autoriti atau sebarang kaitan dengan kerajaan dalam sesuatu pentadbiran. Punca masalah politik ialah perebutan kepada sumber asas yang tidak mencukupi seperti kedudukan, kuasa, jawatan, kepentingan mahupun pengiktirafan dan gelaran. Masalah politik selalu dikaitkan dengan hubungan antara pekerja dengan pekerja, pekerja dengan majikan dan organisasi dengan pihak yang berkuasa. Kedudukan hierarki yang berbeza boleh menyebabkan persaingan kepentingan yang mendorong kepada suatu masalah politik. Kadangkala wujud juga masalah politik yang berkaitan dengan persaingan organisasi tersebut dengan organisasi lain. |
منصب القضأ | jawatan kehakiman | Agama Islam | Fiqh | Jawatan yang memberi kuasa kepada seseorang untuk membicarakan kes yang dibawa ke mahkamah. |
inequality | ketaksamaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan tidak seimbang yang wujud dalam masyarakat dari sudut pendapatan, penguasaan ekonomi, kedudukan sosial, pemilikan jawatan dan kuasa politik. Situasi ini membentuk masyarakat yang berstruktur vertikal atau menegak berasaskan angkubah tersebut. Ketidakseimbangan ini juga mempengaruhi perolehan pendapatan, pengiktirafan, masa hadapan anak-anak, hubungan sosial serta pengiktirafan sosial seseorang. Ketaksamaan boleh berlaku selari dengan kedudukan kaum atau warna kulit tetapi lazimnya merentasi sesuatu kaum melainkan sesuatu dasar seperti aparteid dilaksanakan. |
the corridor of power | anjung kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan yang menghampiri jawatan kepimpinan tertinggi sesebuah negara seperti presiden atau perdana menteri. Bagi menduduki jawatan ini, seseorang pemimpin perlu melalui pelbagai peringkat persaingan atau pemilihan dan setelah berjaya mengharunginya barulah dianggap berada di anjung kuasa. Contohnya pada tahun 2002, Abdullah Ahmad Badawi dapat dianggap sebagai berada di anjung kuasa apabila Dr. Mahathir Mohamed mengisytiharkan mahu bersara. |
authority | kuasa sah | Pengurusan | Perancangan | Kuasa yang membolehkan individu atau pihak tertentu memiliki hak untuk merancang, mentadbir dan membuat pelbagai keputusan penting bagi organisasi atau syarikat. Penggunaan kuasa sah boleh dilakukan dengan cara memberikan arahan, membuat keputusan dan mengawal sumber yang tertakluk kepada kedudukan, jawatan dan peranan yang ditetapkan. |