Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
binomial distributiontaburan binomialMatematikTiadaTaburan kebarangkalian yang memodelkan keadaan menjalankan n kali percubaan dengan setiap percubaan mempunyai kebarangkalian berjaya p. Kebarangkalian bagi k antara n percubaan itu berjaya ialah nCkpk (1-p)n-k.
rate constantpemalar kadarKejuruteraanKejuruteraan KimiaPemalar berangka, k dalam persamaan kadar tindak balas antara kadar tindak balas kimia dengan kepekatan bahan tindak balas. Misalnya, pemalar kadar k bagi tindak balas tertib n ialah k = masa-1 kepekatan1-n.
rate constantpemalar kadarKimiaTiadaPemalar berangka, k, dalam persamaan kadar tindak balas. Misalnya, bagi tindak balas aA = bB ® cC = dD, kadar = k[A]m[B]n, apabila m ialah tertib yang merujuk bahan A, n tertib bahan B, dan m + n ialah tertib untuk tindak balas keseluruhan. Unit k bergantung pada tertib tindak balas. Misalnya, untuk tertib pertama, unit k ialah s‒1, dan untuk tertib kedua, unit k ialah dm3mol‒1s‒1.
Boltzmann constantpemalar BoltzmannFarmasiTiadaTenaga purata yang diserap atau dibebaskan oleh satu molekul yang mengalami perubahan suhu sebanyak satu darjah di bawah keadaan unggul. Singkatan k, yang bermaksud k=R/N=1.38066 x 10-16 erg dar -1 molekul -1, iaitu R=Pemalar universal dan N=Nomboer Avogadro.
Newton�s second lawhukum Newton keduaKejuruteraanKejuruteraan KimiaHukum yang menyatakan bahawa kadar perubahan momentum dengan masa berkadaran terus dengan jumlah daya yang dikenakan ke atasnya dan dijelaskan sebagai dengan F = daya (N), m = jisim (kg), t = masa (s), u = halaju (m/s), a = pecutan (m/s2), mu = momentum (N) k = pemalar keberkadaran (1 N/m s2). Arah pergerakan jasad adalah bersudut tepat dengan arah daya yang dikenakan.
mantissa of a logarithmmantisa logaritmaMatematikTiadaBahagian perpuluhan bagi logaritma biasa sesuatu nombor positif, apabila logaritma itu diungkapkan sebagai hasil tambah satu perpuluhan tak negatif yang kurang daripada satu dengan satu integer. Sesuatu nombor positif p boleh ditulis dalam bentuk p = 10n x k, dengan k suatu nombor positif yang sekurang-kurangnya 1 tetapi kurang daripada 10. Logaritma nombor p ini bernilai n + log k. Integer n ialah ciri logaritma, manakala nilai log k ialah mantisa logaritma bagi nombor p.
shellpetalaFarmasiTiadaBahagian di keliling nukleus suatu atom yang mengandungi elektron dengan jarak, aras tenaga, dan nombor kuantum yang tertentu. Bahagian tersebut dinamakan dengan K,L, N, dan seterusnya atau 1,2,3,4, dan seterusnya. Petala K atau l berada paling dekat dengan nukleus, dengan nombor kuantum utama1, sementara bahagian yang lain dalam turutan makin berada lebih jauh daripada nukleus.
zig-zag methodkaedah zig-zagTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penyulitan berdasarkan penyusunan teks yang melibatkan penulisan semula aksara dalam suatu teks pada baris berbeza menurut kedudukan aksara dalam teks biasa. Contohnya, teks biasa yang ingin disulitkan ialah �INI KAEDAH PENYULITAN SAYA� dan kaedah zig-zag yang digunakan untuk menulis aksara pada kedudukan ganjil dibaris atas, dan aksara pada kedudukan genap pada baris bawah. Proses penyulitannya adalah seperti yang berikut: I I A D H E Y L T N A A / / / / / / / / / / / N K E A P N U I A S Y Hasil penyulitan dalam teks sifer selepas pembacaan baris demi baris adalah seperti yang berikut: I I ADHEYLTNAANKEAPNUIASY Penerima teks sifer ini boleh menyahsulitkan mesej dengan menyongsangkan kaedah zig-zag yang digunakan.
torsional stiffnesskekakuan kilasanMekanikGunaanRintangan aci terhadap sesaran sudut. Nilai ini memberikan kilas yang perlu untuk menyebabkan sesaran sudut unit. Kekakuan kilas diukur dalam unit newton meter, N.m (atau N.m rad-1). Simbol yang biasa digunakan untuk kekakuan kilas ialah k.
integer variablepemboleh ubah integerKejuruteraanTiadaPemboleh ubah yang mengandungi tidak lebih enam aksara dan yang pertama ialah I,J,K,L,M atau N.
123

Kembali ke atas