Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.bung] | کابوڠ

Definisi : kain putih yg dili­litkan pd kepala tanda berdukacita (kerana kemangkatan raja dll); berkabung 1. memakai kabung (tanda ber­dukacita): setelah baginda dikebumikan, maka mereka itu sekaliannya pun ~lah empat puluh hari; 2. memperlihatkan tanda-tanda sedang berdukacita (kerana kematian seseorang dll): dia memakai pakaian hitam kerana katanya dia sedang ~ kerana kematian suaminya; perkabungan 1. pakaian (kabung dll) yg dipakai semasa berkabung; 2. perihal, perbuat­an atau keadaan berkabung: hari ini ialah hari ~ orang Melayu amnya kerana kejatuhan kerajaan Melayu Melaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bung] | کابوڠ

Definisi : ukuran panjang yg sama dgn 4 hasta (kira-kira satu depa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bung] | کابوڠ

Definisi : sj tumbuhan (palma), enau, Arenga pinnata: gula ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bung] | کابوڠ

Definisi : , = perkabungan kain putih yg dililitkan di kepala sbg tanda bersedih (kerana raja mangkat dll). berkabung memakai kabung sbg tanda bersedih: Setelah baginda dikebumikan; maka rakyat sekaliannya pun ~lah selama empat puluh hari. perkabungan 1 pakaian yg dipakai ketika berkabung; kabung. 2 perbuatan atau hal berkabung; keadaan berkabung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.bung] | کابوڠ

Definisi : nama sj palma; enau, Arenga pinata (saccharifera). gula ~ gula yg dibuat drpd nira kabung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kabung
Kata Terbitan : berkabung, perkabungan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
palm sugargula kabungPentadbiran PerniagaanTiadaGula daripada nira enau.
mourning clothespakaian kabungKesenianTiadaPakaian yang biasanya hitam dipakai semasa upacara pengebumian atau sewaktu berkabung sejak abad ke-14. Pada abad ke-16, adakalanya pakaian putih dipakai oleh para balu di Eropah.
sugar-palm sugargula kabung/gula melaka/gula kelapaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
arenga saccharifera (sugar palm)arenga saccharifera (kabung)KesenianTiadaTiada
natanataMakanan dan PemakananTeknologi MakananSejenis makanan peraman tradisional Filipina yang dihasilkan melalui penapaian air kelapa. Bakteria Acetobacter aceti subspesies xylinum digunakan untuk menghasilkan selapis filem selulosa di atas permukaan air kelapa yang diperam dan filem ini dipungut dan diproses. Nata ini berupa agar-agar yang mempunyai jaringan seakan jaringan buah kabung.

Kembali ke atas