Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (herba yg buahnya boleh dimakan), Glycine soja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuh­an (herba), Glycine max; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj herba, Glycine max. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : nama sj herba yg biji kacangnya banyak berisi zat; kacang kedelai, Glycine max. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kacang soya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
soya bean hullkulit kacang soyaVeterinarTiadaBahan yang dihasilkan apabila biji kacang soya dipisahkan daripada lenggainya. Kulitnya berserabut tinggi dan boleh digunakan sebagai sumber tenaga untuk ternakan ruminan. Kandungan proteinnya ialah antara 4-5% manakala kandungan serabut melebihi 30%. Selain itu, bahan ini mengandungi faktor antipemakanan terutamanya perencat tripsin yang boleh mengganggu pencernaan protein. Masalah ini boleh diatasi dengan memanaskan bahan tersebut.
soya bean mealmil kacang soyaVeterinarTiadaBahan yang diperoleh selepas biji kacang soya diekstrak untuk menghasilkan minyak. Kandungan proteinnya ialah antara 45-50% dan merupakan sumber protein tumbuhan yang penting untuk ternakan. Tenaga metabolismenya (ME) tinggi iaitu 12 MJ/kg dan boleh digunakan sehingga 40% dalam rangsum. Bahan ini kurang mengandungi vitamin B tetapi kaya dengan kalsium dan fosforus. Kandungan asid aminonya juga tinggi dan merupakan protein tumbuhan yang baik dan digunakan dengan meluas untuk pelbagai jenis rangsum ternakan.
soy saucekicapMakanan dan PemakananMakananSejenis produk kacang soya yang difermentasi. Proses penghasilan produk ini melibatkan perebusan kacang soya diikuti dengan penambahan garam dan seterusnya difermentasi. Kulat yang terlibat dalam proses fermentasi ini ialah Aspergillus oryzae atau Aspergillus sojae.
relay croppingpenanaman gegantiPertanianAgronomi

 Sistem penanaman berganda yang melibatkan penanaman tanaman kedua semasa tanaman pertama masih lagi belum dituai. Contohnya, tanaman jagung, kacang soya ditanam antara barisan jagung ketika jagung sedang berbunga. Hal ini membolehkan kacang soya membesar, dalam masa jagung mencapai kematangan untuk dituai. Selepas jagung tersebut dituai, kacang soya telah matang dan mengeluarkan hasil dalam masa yang singkat berbanding ditanam selepas jagung dituai. Penanaman ganti menjimatkan masa dan menjurus kepada penggunaan tanah yang lebih efisien untuk menghasilkan dua jenis tanaman berbeza.

Pearson’s squaresegi empat PearsonVeterinarTiadaKaedah pengiraan untuk mendapatkan satu formulasi bancuhan makanan. Contohnya, untuk mendapat campuran makanan yang mengandungi 20% protein dengan menggunakan mil kacang soya (48% protein) dan jagung (9% protein) boleh diselesaikan dengan menggunakan gambar rajah dan formula berikut: Gambar rajah Formula: A (Mil Kacang Soya) : 20-9 = 11 B (Jagung) : 48-20 =28 11 bahagian mil kacang soya dan 28 bahagian jagung memberikan bancuhan yang mengandungi 20% protein. Jagung : 28/39 x 100 = 71.8 % Mil kacang soya : 11/39 x 100 = 22.2%
soyabean mealmil kacang soyaPerikananTiadaTiada
soyabean mealmil kacang soyaVeterinarTiadaTiada
soya beankacang soyaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
meat extenderpemukal dagingPentadbiran PerniagaanTiadaBahan daripada kacang soya untuk menambah isi padu makanan yang menggunakan daging sebagai bahan utamanya.
biomonitorbioawasKejuruteraanTiadadalam persekitaran, misalnya liken, pokok kacang soya dan sebagainya.
123456789

Kembali ke atas