cadmium poisoning | keracunan kadmium | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada kadmium atau makanan yang disimpan dalam bekas kadmium, atau penyedutan wasap kadmium daripada pengimpalan, peleburan atau proses industri lain. Had pendedahan terhadap debu kadmium atau wasap kadmium oksida ialah 0.05 mg/m3. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, sakit kepala, sakit otot, peliuran, sakit abdomen, kejutan, kerosakan hati dan kegagalan ginjal. Penyedutan wasap kadmium pula mengakibatkan mulut terasa payau, sesak nafas, sakit dada, batuk berserta kahak berbuih atau berdarah, lemah dan sakit pada kaki. Keracunan kronik akibat penyedutan mengakibatkan hilang deria bau, batuk, dispnea, hilang berat badan, anemia, kerengsaan, dan gigi berkaral. Penemuan patologi dalam kes maut akibat pengingesan ialah inflamasi gastrousus yang teruk dan kerosakan hati serta buah pinggang. Penemuan patologi dalam kes keracunan akut akibat penyedutan pula ialah inflamasi epitelium pulmonari dan edema pulmonari. |
cadmium red | kadmium merah | Kimia | Tiada | 1. Kadmium merah: Pigmen yang terdiri daripada campuran kadmium sulfida, kadmium selenida dan barit dan digunakan sebagai pewarna merah. |
cadmium toxicity | ketoksikan kadmium | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Kesan berbahaya pada hidupan akibat pengambilan kadmium yang tinggi dalam diet dan persekitaran. Ini terjadi melalui kontaminasi kadmium dalam rantaian makanan. Kadmium sangat toksik dan menyebabkan kerosakan renal yang teruk, mempercepat perkembangan kanser, dan penyakit tulang. |
cadmium ratio | nisbah kadmium | Fizik | Atom dan Nuklear | Nisbah aktiviti tepu neutron teraruh pada pengesan yang tidak diselaputi dengan kadmium terhadap pengesan diselaputi dengan kadmium pada ketebalan tertentu, dengan kedua-dua pengesan didedahkan kepada persekitaran yang sama. Nisbah kadmium merupakan ukuran bilangan relatif neutron pada tenaga terma atau tenaga yang lebih tinggi. |
cadmium chloride | kadmium klorida | Kimia | Tiada | Kadmium halida dalam bentuk hablur tak berwarna, larut di dalam air, metanol dan etanol, CdCl2. |
cadmium yellow | kadmium kuning | Kimia | Tiada | 1. Kadmium sulfida yang berbentuk hablur heksagonal, berwarna kuning, dan tidak larut di dalam air. |
cadmium red | merah kadmium | Kesenian | Tiada | 2. Merah kadmium: Warna jingga kemerahan. |
cadmium regulator | pengatur kadmium | Kejuruteraan | Tiada | Rod kawalan pengatur yang mengandungi kadmium. |
cadmium plating | penyaduran kadmium | Kesenian | Tiada | Proses menyadur benda kerja dengan kadmium untuk menghindarkan permukaan nya daripada berkarat. |
cadmium cut-off | penggalan kadmium | Kejuruteraan | Tiada | Aras tenaga neutron apabila kadmium tidak lagi memperlihatkan keratan rentas penyerapan yang tinggi. |