unknown | anu | Matematik | Tiada | Kuantiti tertentu yang belum diketahui nilainya. Sesuatu anu boleh diwakili dengan huruf atau simbol bergambar. Misalnya, u mewakili umur seorang budak lelaki dalam unit tahun dan kakaknya dua tahun lebih tua. Jadi umur kakaknya ialah (u + 2) tahun. Jika huruf u digantikan dengan simbol bergambar ⋆, jadi umur kakaknya ialah (⋆ + 2) tahun. |
egocentrism | egosentrisme | Psikologi | Psikologi Umum | Tahap perkembangan kognitif kanak-kanak yang menumpukan pemikiran kepada diri sendiri sahaja. Menurut Piaget, egosentrisme wujud pada peringkat praoperasional dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Pada tahap pemikiran ini, kanak-kanak biasanya mempunyai kemampuan yang terhad untuk menilai, berkongsi atau menghargai pandangan orang lain. Contohnya, jika individu berkata kepada kanak-kanak yang egosentrisme bahawa kakaknya mempunyai seorang adik, kanak-kanak tersebut akan menolak kenyataan itu kerana gagal memahami situasi bahawa dia merupakan adik kepada kakaknya. |
primary emotion | emosi primer | Psikologi | Psikologi Umum | Emosi yang paling asas yang dibahagikan kepada lapan jenis, iaitu takut, sedih, kejutan, jengkel, marah, antisipasi, seronok dan percaya. Emosi primer boleh bergabung untuk menghasilkan emosi dengan nama yang lain. Contohnya, seorang kanak-kanak yang merasa seronok tetapi takut ketika memakan ais krim kepunyaan kakaknya akan menghasilkan emosi rasa bersalah. Begitu juga perasaan cemburu yang muncul daripada gabungan emosi cinta, marah dan takut. |