Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hablur yg tidak berwarna, larut dlm air dan digunakan dlm baja, dlm ubat-ubatan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalium klorida


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
calomel electrodeelektrod kalomelKimiaKimia AnalisisElektrod yang digunakan sebagai elektrod rujukan. Elektrod kalomel ini terdiri daripada raksa, merkuri (I) klorida (kalomel) dan larutan kalium klorida. Apabila larutan kalium klorida yang tepu digunakan elektrod ini dikenali sebagai elektrod kalomel tepu.
Kel-Chlo processproses Kel-ChloKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses Deacon yang diperbaik oleh Shell Company dengan menggunakan turus terbendalir bermangkinkan lantanum klorida dan kalium klorida sebagai tambahan kepada mangkin kuprum klorida pada suhu 420�C. Kalium klorida menurunkan kadar pemeruapan dan lantanum klorida diperbaik lagi dengan menggunakan nitrogen oksida yang dicampur dengan asid sulfurik. Proses ini berjaya dikendalikan pada tekanan di antara 0.1 � 1.5 MPa dan suhu di antara 130 � 180�C.
chromoradiometerkromoradiometerPerubatanTiadaAlat untuk menyukat sinar-x berdasarkan kesan fotokimia sinar itu terhadap campuran kalium klorida dan natrium karbonat.
calomel electrodeelektrod kalomelFizikModenElektrod rujukan yang diketahui keupayaannya, yang terdiri daripada larutan kalium klorida, raksa, dan raksa klorida. Elektrod ini digunakan untuk mengukur pH dan daya gerak elektrik.
calomel electrodeelektrod kalomelGeologiTiadaElektrod rujukan yang terdiri daripada raksa, raksa klorida (kalomel) dan larutan kalium klorida. Elektrod ini digunakan untuk mengukur pH dan daya gerak elektrik.
calomel electrodeelektrod kalomelKimiaTiadaElektrod rujukan yang terdiri daripada raksa, raksa klorida (kalomel) dan larutan kalium klorida. Elektrod ini digunakan untuk mengukur pH dan daya gerak elektrik.
salt bridgetitian garamKimiaKimia AnalisisTiub yang lazimnya berbentuk U yang menyambung elektrod rujukan dan penunjuk yang terpisah dalam sel elektrokimia. Sebagai contoh titian garam mengandungi larutan kalium klorida tepu yang membenarkan ion-ion melaluinya tetapi menahan larutan daripada bercampur.
major mineralmineral utamaMakanan dan PemakananPemakananMineral yang diperlukan dalam kuantiti yang besar berbanding dengan mineral surih yang terdapat dalam tubuh. Terdapat lapan mineral utama, iaitu kalsium, fosforus, magnesium, natrium, kalium, klorida, sulfur dan besi. Mineral utama dikenali juga sebagai makromineral.
neutral saltgaram neutralKimiaTiadaGaram yang terhasil daripada tindak balas asid kuat dengan alkali kuat. Garam ini larut di dalam air tanpa menyebabkan hidrolisis, dan pH larutan ialah 7.0. Misalnya, kalium klorida, KCI.
plasmaplasmaVeterinarTiadaBahagian cecair darah yang diperoleh selepas darah dicampur dengan bahan antipenggumpalan dan diempar menyebabkan sel-sel darah termendap. Cecair ini mengandungi air dan bahan-bahan larut seperti protein, garam terutamanya natrium, kalium klorida dan bikarbonat; nutrien seperti glukosa, asid amino dan lemak; hormon, vitamin dan bahan kumuh. Bahan-bahan terlarut ini akan dibawa keseluruhan tisu dan organ.
1234

Kembali ke atas