Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.loi] | کالوي

Definisi : sj ikan darat, ikan gurami, Osphronemus goramy. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.loi] | کالوي

Definisi : nama sj ikan darat (sungai), Osphronemus goramy. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaloi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
herbivoreherbivorPerikananTiadaHaiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan untuk hidup. Haiwan jenis ini mempunyai usus yang panjang. Contohnnya, ikan kaloi dan lampam jawa yang memakan fitoplankton, rumpai dan lumut.
lacustrine fishikan lakustrinPerikananTiadaIkan yang mendiami kawasan air yang tidak mengalir seperti kolam dan tasik. Contohnya, ikan kaloi, haruan dan sepat. Sinonim ikan tasik.
coarse fish/rough fishikan kasapPerikananTiadaIkan air tawar yang bukan daripada kumpulan ikan rekreasi. Ikan ini kurang diminati oleh pemancing kerana sifatnya yang kurang melawan dan boleh mengancam atau mengurangkan populasi spesies ikan rekreasi, selain isinya yang kurang enak. Contohnya, ikan keli, baung, lampam, tilapia dan kaloi.
lee currentarus teduhPerikananTiadaArus di bahagian permukaan air tenang atau arus lemah yang bersebelahan dengan arus permukaan air berkocak atau air deras. Kebanyakan ikan gemar bermain di antara sempadan air tenang dengan air berkocak kerana kawasan ini mempunyai banyak sumber makanan. Pemancing gemar memancing di kawasan arus teduh kerana umpan bulu kering mudah digunakan di kawasan ini bagi memancing ikan yang memakan umpan dengan cara menyedut, seperti ikan kaloi.

Kembali ke atas