Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : serbuk putih yg digunakan dlm pembuatan cat, tayar (getah) dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalsium karbonat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
calcareousberkapurSains MarinTiadaBerkaitan dengan bahan yang sebahagian atau keseluruhannya terdiri daripada kalsium karbonat. Kalsium karbonat ialah sebatian dengan formula kimia CaCO3. Bahan yang biasa terdapat pada batuan kalsit dan aragonit dan merupakan komponen utama bagi cangkerang organisma marin seperti siput, ketam, dan udang.
aragonitearagonitKimiaTiadaKalsium karbonat semula jadi yang wujud dalam bentuk pepejal berhablur, berwarna putih atau tidak berwarna. Kalsium karbonat ini kurang stabil berbanding dengan kalsit, dan dengan itu akan terhablur semula untuk membentuk kalsit pada akhirnya. Bahan ini terdapat pada gua batu kapur, cengkerang moluska, dan batu karang. Lihat juga kalsit.
tufatufaGeologiTiadaLonggokan kalsium karbonat yang dimendakkan di keliling lohong mata air, biasanya mata air panas yang kaya dengan kapur. Kalsium karbonat terlarut dimendakkan apabila airnya tersejat dari keliling lohong tersebut.
calctufakalkatufaGeologiTiadaBatuan endapan kimia yang terdiri daripada kalsium karbonat, terbentuk melalui penyejatan sebagai kerakan permukaan yang semirepui, tipis, lembut, berspan, bersel, atau poros di sekeliling mulut mata air berlumpur atau di sepanjang arus sungai yang membawa kalsium karbonat dalam bentuk larutan. Batuan ini juga mungkin dimendakkan oleh alga atau bakteria.
calcareous tufatufa berkapurGeologiTiadaBatuan endapan kimia yang terdiri daripada kalsium karbonat, terbentuk melalui penyejatan sebagai kerakan permukaan yang semirepui, tipis, lembut, berspan, bersel, atau poros di sekeliling mulut mata air berlumpur atau di sepanjang arus sungai yang membawa kalsium karbonat dalam bentuk larutan. Batuan ini juga mungkin dimendakkan oleh alga atau bakteria.
calcium carbonate (drill)kalsium karbonat (gerudi)KejuruteraanPetroleumGaram kalsium yang mempunyai sifat tidak larut di dalam air tetapi sangat larut di dalam asid HCI. Banyak digunakan sebagai bahan pembantut hilangan bendalir di dalam bendalir pelengkapan dan bendalir ulang kerja. Di dalam bendalir penggerudian, kalsium karbonat kadang-kadang digunakan juga sebagai bahan pemberat. Formula kimianya adalah CaCO3.
compensation depthkedalaman pampasanSains MarinTiadaKedalaman di lautan yang berlaku dalam turus air lautan yang kadar penghasilan unsur kalsitnya (contohnya, kalsium karbonat) berkurangan berbanding dengan kadar kelarutan yang berlaku (contohnya, tiada kalsium karbonat yang mendak di dasar laut).
calcium carbonatekalsium karbonatFizikTiadaTiada
calcium carbonatekalsium karbonatPertanianTiadaTiada
calcium carbonatekalsium karbonatGeologiTiadaSerbuk berwarna putih yang terdapat secara semula jadi sebagai kapur, batu kapur, dan kalsit. Kebanyakannya tidak larut di dalam air: CaCO3.
12345678910...

Kembali ke atas