mutton | daging kambing | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Daging kambing: Isi kambing di antara kulit dengan tulang. |
buck | kambing jantan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Haiwan yang sudah mencapai umur sesuai untuk membiak yang dikhususkan kepada kambing. Umur kambing jantan dewasa yang sesuai digunakan sebagai baka ialah 14 bulan. |
vibriosis | vibriosis | Biologi | Mikrobiologi | Jangkitan yang disebabkan oleh Vibrio fetus pada lembu, kambing dan kambing bebiri. Akibat jangkitan ini, boleh menyebabkan keguguran anak, dan uri tertinggal di dalam rahim semasa beranak. |
kambing kacang | kambing kacang | Keris | Tiada | Bahagian sor-soran yang terletak di tengah pangkal mata keris yang berhampiran dengan ganja. Sin: awak, kembang kacang. |
contagious pastular dermatitis | dermatitis pastula menular | Biologi | Mikrobiologi | Penyakit kulit yang menular, yang disebabkan oleh virus pada kambing, dan kambing bebiri. Gejala penyakit ini ialah bisul kecil dan vesikel pada kulit, dan membran mukosa, terutamanya di bahagian bibir, hidung dan kaki. |
fresh milk | susu segar | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Susu bersih yang diperoleh daripada rembesan kelenjar mamari lembu, kerbau, kambing atau kambing biri-biri yang sihat dan diberikan makan dengan baik. Susu segar tidak termasuk rembesan yang diperoleh dalam tempoh empat hari selepas anak lembu dilahirkan. Sinonim susu mentah. |
arbascio | arbascio | Kesenian | Tiada | Kain sakhlat yang teguh, biasanya diperbuat daripada bulu kambing biri-biri atau kambing di negara Albania atau Macedonia. |
chamois leather | kulit chamois | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kulit lembut daripada kulit chamois atau kulit kambing biri-biri, kambing, rusa dan sebagainya. |
kid | anak kambing | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kambing yang baru dilahirkan sehingga mencapai umur enam bulan. |
kidding | beranak (kambing) | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses kelahiran untuk kambing. |