Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[kang.kang] | کڠکڠ

Definisi : 1. = celah ~ celah di antara dua pangkal paha, kelangkang; 2. ruang (yg luas) atau jarak di antara kaki kiri dan kanan yg terbuka luas (tidak dirapatkan): lunjurkan kaki kanan ke bawah ~ lawan; 3. bahagian seluar di antara dua paha pd bawah punggung, pesak; ~ kera = se~ kera ki (tanah, kawasan, tapak, dsb) yg tidak luas; mengangkang 1. berdiri (berjalan, duduk, berbaring) dgn kaki terbuka luas; 2. dgn kaki terbuka luas (ketika berdiri, duduk, dll): duduk ~ di kerusi; mengangkangi berdiri dgn mengangkang di atas sesuatu; mengangkangkan membuka (kedua-dua belah kaki, pintu, dll) luas-luas; terkangkang terbuka luas (kedua-dua belah kaki, pintu, dll): dia duduk ~ di atas tong susu; pintu itu dibiarkannya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kang.kang] | کڠکڠ

Definisi : Jk; mengangkangi menguasai (mengambil) milik orang dgn tidak sah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kang.kang] | کڠکڠ

Definisi : 1 = celah ~ sela di antara dua paha; kelangkang. 2 ruang (yg terbuka luas) di antara kaki kanan dgn kaki kiri. mengangkang berdiri, berjalan dll dgn kaki terbuka luas. mengangkangi berdiri mengangkang di atas sesuatu. mengangkangkan membuka (kedua-dua belah kaki) luas-luas. terkangkang terbuka luas kedua-dua belah kakinya dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kangkang (kata nama)
Bersinonim dengan celah, buka, rekah, ruang, pesak, kikik;,
Kata Terbitan : mengangkang, terkangkang,

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wau kangkangwau kangkangKesenianTiadaWau yang menyerupai lembaga manusia yang bahagian ekornya berbentuk seperti punggung manusia. Wau ini dikenali dengan wau kangkang dan wau orang. Ia juga mengambil nama sempena bentuk daun budi.
splitbelahan;kangkang jajarSukanTiada1. Kangkang jajar: Perbuatan mengangkang dengan posisi kedua-dua belah kaki 180o.
front splitkangkang jajar depanSukanTiadaKangkang kedua-dua belah kaki 180o. Sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang.
split jumplompat kangkang jajarSukanTiadaLompat setempat dengan dua belah kaki ke posisi kangkang jajar sebelum mendarat.
hellaflush tyretayar kangkangKejuruteraan AutomotifTiadaTayar yang berada pada kedudukan terkeluar daripada ruang roda yang sepatutnya kerana pemilik kenderaan menggunakan rim yang lebih lebar daripada tayar tersebut sehingga menyebabkan tayar itu perlu ditarik ketika dipadankan pada rim dan berada dalam posisi senget atau condong. Tujuannya adalah untuk merendahkan kenderaan sehingga tayar tersebut kelihatan seperti terkangkang. Penggunaan tayar kangkang pada kenderaan boleh menjejaskan kecekapan tayar ketika membrek, terutama pada permukaan yang basah dan mengurangkan jangka hayat tayar.

hellaflushperendahan keretaKejuruteraan AutomotifTiadaTrend pengubahsuaian kereta yang bertujuan untuk merendahkan kereta serendah yang mungkin dengan menggunakan rim yang lebih lebar daripada tayar sehingga menyebabkan tayar terpaksa ditarik menjadi kangkang ketika dipadankan dengan rim. Sistem suspensi kereta diubah suai bagi menampakkan tayar merapat ke ruang roda dan juga sudut kamber diubah kepada sudut lebih negatif bagi merendahkan lagi kereta tersebut sehingga menampakkan tayar kangkang. Lihat juga tayar kangkang.

intermediary heel supportsokong tumit antaraSukanTiadaKemahiran yang dilakukan berturut-turut dengan sokongan tumit; sekurang-kurangnya dua kemahiran perlu dilakukan secara berturut-turut. Misalnya kemahiran kangkang tegak ke kemahiran lentik kangkang.
toe outkangkang ke luarKejuruteraanTiadaTiada
123

Kembali ke atas