Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.no.pi] | کانوڤي

Definisi : 1. sj langit-langit yg menjadi spt bumbung pd sesuatu; 2. bahagian dahan dan daun pokok-pokok yg paling tinggi yg seolah-olah berjalin dan berbentuk spt bumbung: ~ hutan mengurangkan kesan titisan hujan ke atas tanah dan mengurangkan potensi hakisan; 3. khemah yg biasanya dibuat drpd kanvas, kain, plastik dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.no.pi] | کانوڤي

Definisi : 1 khemah yg biasanya dibuat drpd kanvas, kain, plastik dsb, yg biasanya didirikan semasa kenduri kahwin dsb utk tempat para tetamu menikmati hidangan. 2 langit-langit yg menjadi spt bumbung pd sesuatu. 3 bahagian dahan dan daun pokok-pokok yg tinggi, yg seolah-olah berjalin dan berbentuk spt bumbung: ~ hutan mengurangkan kesan titisan hujan ke atas tanah dan dgn itu mengurangkan hakisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kanopi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan sengkuap, atap, bumbung, sudur, tudung, terendak, pepayung.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
canopy walkwaydenai kanopi; laluan kanopiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
canopy walkwaydenai kanopi; laluan kanopiPelanconganTiadaTiada
CanopyKanopiPertanianAgronomi

Lapisan tertinggi pokok yang terdiri daripada cabang dan daun yang paling luas permukaannya. Keluasan kanopi pokok akan menentukan jarak tanaman yang sesuai. Contohnya, pokok kelapa yang mempunyai kanopi kecil boleh ditanam lebih rapat berbanding pokok mangga yang berkanopi besar.

canopy layerlapisan kanopiLandskapTiadaLapisan yang mewakili pelbagai ketinggian kanopi pokok yang terbentuk dalam hutan.
canopykanopiBiologiEkologiLapisan yang paling atas, yang mengandungi silara pokok yang hampir sama tinggi. Jika silara pokok bertaut, kanopi hutan disebut selari.
arching shapebentuk lengkungLandskapTiadaKanopi pokok yang berbentuk melengkung. Contohnya, bentuk kanopi pokok hujan-hujan (Enterolobium saman).
tree canopykanopi pokokBotaniTiadaUnjuran pada bahagian atas pokok yang tegak ke bawah, yang selalunya dinyatakan sebagai peratus tanah yang dilingkungi. Unjuran ini penting dalam penentuan indeks luas daun yang diukur. Struktur kanopi digunakan untuk menentukan jarak tanaman dan pelintasan cahaya.
canopykanopiGeografiTiadaTiada
canopykanopiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
canopykanopiPertanianTiadaTiada
123456

Kembali ke atas