Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ra.van] | کاراۏن

Definisi : kenderaan yg dilengkapi tempat tidur, dapur dsb utk dijadikan sbg tempat tinggal semasa percutian dsb, biasanya ditarik oleh kenderaan bermotor lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karavan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
farmer�s market caravankaravan taniPertanianAgroteknologiSatu konsep pemasaran produk pertanian yang menggunakan karavan yang bergerak ke beberapa tempat untuk menjual terus kepada pembeli tanpa memerlukan khidmat orang tengah. Antara tempat yang dikunjungi karavan tani ialah tapak pasar tani, pasar malam, tempat letak kereta, kawasan perumahan dan pejabat kerajaan. Konsep ini juga menekankan produk yang dipersembahkan dengan baik, telah siap dibungkus, lebih kemas, bermutu dan dijual dengan harga yang lebih kompetetif. Konsep ini telah diperkenalkan oleh FAMA sebagai salah satu kaedah pemasaran yang menguntungkan petani.
caravan tourismpelancongan karavanPelanconganTiadaAktiviti pelancongan yang menggunakan karavan dan menyediakan kemudahan prasarana yang berkaitan.
exterior plywoodpapan lapis luarPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPapan lapis yang dilekatkan menggunakan perekat kalis air seperti fenol formaldehid dan resorsinol formaldehid untuk menghasilkan ikatan yang tahan kepada pendedahan yang berpanjangan di persekitaran lampau dan juga serangan mikroorganisma. Papan lapis jenis ini banyak digunakan untuk struktur luar, seperti dalam pembuatan bot laju dan karavan.

Kembali ke atas