radioactive carbon | karbon radioaktif | Perubatan | Tiada | Tiada |
carbon isotope | isotop karbon | Kimia | Tiada | Unsur karbon yang mempunyai nombor atom yang sama tetapi jisimnya berbeza. Terdapat enam isotop karbon, iaitu C-10, C-11, C-12, C-13 merupakan isotop yang stabil, manakala yang lainya isotop radioaktif. 99% daripada unsur karbon terdiri daripada C-12 yang digunakan sebagai piawai bagi berat atom. Isotop karbon mempunyai banyak kegunaan. Misalnya, C-14 yang bersetengah hayat 5730 tahun digunakan dalam pentarikhan karbon untuk menganggarkan usia sesuatu bahan yang mengandungi karbon, sebagai sumber sinaran beta dan alat pengesan radioaktif, dan C-11 yang bersetengah hayat singkat (20.5 minit) digunakan untuk melabelkan bahan dalam ujian perubatan nuklear. |
carbon-14 | karbon -14 | Biologi | Ekologi | Isotop radioaktif yang dapat digunakan untuk pentarikhan. Isotop ini sangat berguna, terutama dalam pentarikhan bahan yang pernah hidup, kerana semua organisma hidup mengandungi karbon. Separuh umur karbon � 14 ialah 5570 + 30 tahun. Karbon � 14 sangat berguna dalam penentuan bahan berkarbon yang lebih muda daripada 30 000 tahun. |
nobelium | nobelium | Kimia | Tiada | Unsur logam radioaktif dalam siri aktinid dan ahli kumpulan IIIB jadual berkala, simbol No, nombor atom 102, dan berat atom 259. Unsur ini diperoleh daripada pembedilan kurium dengan nukleus karbon-13. |
iodine | iodida | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan VIIA (atau 17) jadual berkala, simbol I, nombor atom 53, berat atom 126.905, nombor pengoksidaan –1, +1, +3, +5 dan +7, takat lebur 113.5oC, takat didih 184oC, wujud dalam bentuk granul, relap, berwarna kelabu, ahli kumpulan halogen yang paling tidak reaktif, bersifat semikonduktor, mudah terpejalwap, larut di dalam pelarut tak berkutub seperti alkohol, karbon disulfida, kloroform, eter, karbon tetraklorida, gliserol dan larutan iodida beralkali, dan larut sedikit di dalam air. iodin mempunyai banyak isotop radioaktif buatan. unsur ini diperoleh daripada air garam. iodin digunakan untuk pembuatan iodida dan iodat, dan sebagai pewarna, mangkin, sabun, bahan uji dan ubat. |
phosphorus | fosforus | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan VA (atau 150 jadual berkala, simbol P, nombor atom 15, berat atom 30.974, nombor engoksidaan –3, +3 dan +5, takat lebur 44oC, takat didih 280oC (bagi fosforus putih), berbentuk pepejal berhablur yang lut sinar atau serbuk amorfus merah atau pepejal hitam. Fosforus putih larut di dalam karbon disulfida, sangat beracun dan mudah terbakar. Fosforus terdapat dalam enam bentuk isotop radioaktif. Sumber semula jadi fosforus diperoleh dengan meleburkan batu fosfat, pasir dan kok di dalam relau elektrik. Fosforus merah diperoleh daripada pemanasan fosforus putih dengan mangkin pada suhu 240oC dan fosforus hitam diperoleh daripada pemanasan fosforus putih yang dikenakan tekanan. osforus digunakan untuk membuat racun tikus, baja, mancis api dan sebatian fosforus. |