manners comedy | komedi tingkah laku | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama komedi yang mengejek tingkah laku golongan menengah dan kelas atasan. Golongan ini dikatakan canggih dan memberikan tumpuan pada karenah percintaan remaja dan isu yang remeh-temeh. Kesan jenaka dimunculkan melalui dialog yang licik, pertikaman lidah dan sikap kepura-puraan golongan tersebut. Watak yang terlibat dalam drama ini digambarkan sebagai lucu, sinis dan kepura-puraan. Lihat juga drama satir, komedi, komedi satira. |
flexible management | pengurusan fleksibel | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Cara dan kaedah mentadbir atau mengurus organisasi secara luwes dan anjal bagi memudah serta mempercepat pencapaian matlamat dan wawasan yang telah ditetapkan. Pengurusan fleksibel merangkumi kepimpinan yang telus, keharmonian hubungan majikan-pekerja dan kemudahan infrastruktur yang lengkap. Biasanya, kaedah pengurusan organisasi ini tidak terikat secara langsung dengan karenah birokrasi dan pita merah (red-tape), yang boleh menjejaskan operasi sesebuah organisasi. Bentuk pengurusan ini juga mampu mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni dan efisien. Pengurusan fleksibel akan mewujudkan budaya kerja yang lebih kondusif dan memudahkan segala urusan. |
civil service value | nilai perkhidmatan awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sifat murni yang diterapkan dalam kalangan kakitangan kerajaan. Sifat ini merangkumi kejujuran, kecekapan, berkecuali, berintegriti dan profesional dalam menjalankan tugas. Penerapan nilai perkhidmatan awam membantu kerajaan dalam mengimplementasi dasar dan memberi perkhidmatan yang baik kepada orang ramai. Nilai ini penting bagi memastikan etika kerja terpelihara, matlamat tercapai dan imej perkhidmatan awam dipandang tinggi. Keadaan ini sering kali dikaitkan dengan karenah birokrasi, tidak efisien, layanan kasar dan tidak menepati waktu. Dengan itu, penentuan satu nilai atau kod etika perkhidmatan awam mendorong budaya kerja yang efektif. |
centralism | faham kepusatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang melibatkan proses membuat dasar atau keputusan sesebuah organisasi yang terletak kepada seseorang individu atau satu badan yang tertinggi kuasanya. Dalam disiplin ilmu politik, fahaman ini merujuk kepada pemusatan kuasa kerajaan secara geografi atau politik. Terdapat kelebihan tertentu dalam fahaman ini, seperti keupayaan membuat keputusan dengan segera, mengurangkan perdebatan, mengelak karenah birokrasi dan membolehkan perancangan rapi serta terarah tanpa melibatkan pihak lain. Terdapat juga beberapa kelemahan seperti badan pusat sentiasa terdedah kepada sasaran kritikan terhadap kualiti dan dasar perkhidmatan serta meletakkan keseluruhan perkhidmatan di bawah tanggungjawab satu badan sahaja akan menyebabkan keseluruhan perkhidmatan tidak berfungsi apabila salah satu bahagian terganggu. Contohnya, sistem pentadbiran dan ekonomi negara komunis China mengamalkan fahaman ini. |
zero defect | kesilapan sifar | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sasaran yang ditentukan oleh pihak pengurusan atasan untuk mengelakkan berlakunya salah tadbir dan sebarang kelemahan organisasi. Kesilapan sifar merupakan satu usaha dan tindakan maksimum untuk memastikan sistem pengurusan yang cekap dan adil, meningkatkan kemahiran dan kepakaran tenaga kerja, menyediakan infrastruktur yang lengkap, menjalin hubungan akrab antara majikan dengan kakitangan, memberi upah yang setimpal, membuat pemantauan dan pengawalan yang berterusan. Walau bagaimanapun, kesilapan sifar dilihat sebagai usaha yang sukar dicapai kerana wujud karenah birokrasi, amalan nepotisme dan mengutamakan kepentingan peribadi. |
public sector | sektor awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Bahagian perkhidmatan yang diwujudkan dan dikendalikan oleh pihak kerajaan untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan memenuhi keperluan serta kepentingan awam. Sektor ini turut berperanan menyediakan pelbagai infrastruktur, peluang pekerjaan, kebajikan dan keselamatan dan mempermudah pelbagai urusan. Di samping itu, ia turut berperanan menguruskan pembangunan dan menjana pendapatan negara. Operasi sektor ini tidak berorientasikan keuntungan dan bertindak sebagai nadi penggerak ke arah kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Namun, memandangkan sifatnya yang besar dan kompleks serta sangat berhierarki, ia sering kali dilihat sebagai kurang cekap dan sarat dengan karenah birokrasi. |
organisational climate | iklim organisasi | Pentadbiran | Tiada | Budaya, amalan dan persekitaran yang wujud dalam sesebuah organisasi. Persekitaran organisasi yang kondusif, hubungan antara pekerja, sikap majikan, kaedah dan gerak kerja, etika pekerjaan, misi dan visi organisasi, piagam pelanggan dan sebagainya akan mempengaruhi iklim dalam sesebuah organisasi. Iklim antara sebuah organisasi dengan organisasi yang lain biasanya berbeza kerana banyak bergantung pada sikap individu dalam organisasi tersebut. Sekiranya kakitangan dan majikan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang, terhindar daripada karenah birokrasi yang tinggi, maka secara tidak langsung terbukti bahawa organisasi tersebut mempunyai iklim yang positif dan begitu juga sebaliknya. |
decentralization | pemencaran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pentadbiran kerajaan yang mengamalkan kaedah pembahagian kuasa antara pentadbiran pusat, negeri dan daerah. Sistem ini mengamalkan konsep pemberian autonomi dalam hal-hal tertentu oleh pentadbiran pusat kepada peringkat yang lebih bawah. Penurunan autonomi ini dibuat untuk melicinkan pentadbiran supaya lebih kemas dan cekap. Kaedah penyahpusatan ini bukan sahaja wujud di peringkat antara kerajaan tetapi sudah menular ke peringkat pentadbiran organisasi atau birokrasi. Sebagaimana di peringkat kerajaan, penyahpusatan di peringkat birokrasi juga bertujuan melicinkan dan menambahkan kecekapan sistem pentadbiran. Melalui penyahpusatan, jabatan atau bahagian dapat membuat keputusan yang terbaik tanpa perlu merujuk kepada bahagian yang lebih tinggi dan ini sekali gus dapat mengurangkan karenah birokrasi. Contohnya, sistem pentadbiran awam di Malaysia yang mengamalkan pemencaran dalam amalan birokrasi. Sinonim penyahpusatan. |