Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.sai] | کاساي

Definisi : 1. sj bau-bauan yg dipakai utk mencuci rambut; 2. sj bedak basah yg wangi (utk meng­gosok dan mengharumkan kulit badan); berkasai bergosok dgn menggunakan kasai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sai] | کاساي

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), Amoora spp.; 2. sj tumbuhan (pokok), asam kuang, Pometia pinnata; 3. = ~ bukit sj tumbuhan (pokok) tatai, Pometia alnifolia; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), medang berbulu, kasip bukit, redan, Aglaia cordata; ~ paya sj tumbuhan (pokok), cikeh, kulim burung, pasak lingga, Aphanamixis polystachya; ~ talang (sumatera) kasai bukit; ~ tembaga sj tumbuh­an (pokok), bunga kombil, kasip hutan, kulim burung, malau, Dysoxylon excelsum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sai] | کاساي

Definisi : sj ikan laut; ~ janggut sj ikan laut, Setipinna taty; ~ minyak sj ikan laut, Thryssa mystax. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kasai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kasaikasaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Pometia spp. daripada famili Sapindaceae. Nama tempatannya di Sarawak ialah sibu. Spesies utama kasai termasuk Pometia pinnata dan P. ridleyi. Gubal kayu kasai sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna merah jambu atau coklat kemerahan. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata dengan ira yang lurus atau agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 735 hingga 915 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu kasai mudah diproses, agak tahan tetapi sukar dikeringkan dan diawet. Kayu ini digunakan dalam pembuatan perabot, hulu perkakas, venir, papan lapis, dan kayu kumai.

Kembali ke atas