trussed rafter | kasau kekuda | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kasau yang direkabentuk dengan anggota mengufuk yang mengikat kedua-dua kasau bagi membentuk tiga segi untuk menambahkan ketegarannya. |
fascia | fasia; tumpu kasau | Kejuruteraan | Tiada | 2. Tumpu kasau: Papan yang permukaan lebarnya ditegakkan dan dipasang melintang menutupi bahagian hujung kasau. |
purlin | kasau lintang/gulung-gulung | Kejuruteraan | Tiada | Rasuk bumbung yang melintang, serenjang dengan kekuda atau kasau, yang menyokong bahan bumbung atau kasau biasa. |
scissor truss | kekuda gunting | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kekuda bumbung yang menyerupai bentuk gunting. Bahagian penopang yang menyokong bahagian atas kasau disambungkan kepada kaki kasau yang bertentangan, manakala topang tegak dipasangkan dari puncak kekuda ke titik persilangan di antara dua penopang sendeng yang merentasi satu sama lain. |
principal rafter | kasau jantan | Kejuruteraan | Tiada | Kasau yang membentuk sebahagian daripada kekuda bumbung sebenar dan menyokong gulung-gulung. |
jack rafter | kasau jantan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kasau pendek yang selalu digunakan pada bumbung limas. |
fly rafter | kasau terbang | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kasau yang digunakan dalam proses menjermang struktur khususnya jermang terbang. |
joist | jeriau | Kesenian | Seni Bina | Kayu yang dipasang secara melintang pada kasau bagi membentuk kerangka bumbung rumah atau dipasang pada bahagian rasuk untuk menyokong lantai secara terus. Pada kerangka bumbung, jeriau dipakukan pada kasau dan plat tembok untuk mengelakkan kasau daripada mengembang keluar atau menolak dinding. |
facia board | tumpu kasau | Alam Bina | Tiada | Bod yang dipasang untuk menutup hujung kasau. |
fascia | tumpu kasau | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Papan yang permukaan lebarnya ditegakkan dan dipasang melintang menutupi bahagian hujung kasau. |