Persembahan muzik yang beransur lambat dari segi kelajuan tempo. Proses ini memerlukan tempoh masa yang lebih singkat daripada rallentando. Sinonim ritard.
Muzik popular yang mencantumkan idiom muzik popular Amerika Syarikat dan Eropah dengan elemen muzik Afrika, Amerika Latin, India dan negara lain. World music ini diperkenalkan oleh syarikat muzik transnasional di Amerika Syarikat dan Eropah untuk memasarkan muzik tersebut pada tahun 1980-an. Contoh world music termasuklah reggae (Jamaica), rai (Algeria), highlife (Ghana), b
Proses jual beli rangkap puisi antara seorang penyanyi lelaki dengan seorang penyanyi perempuan dalam muzik masyarakat Portugis di Melaka seperti branyo. Mata kantiga dalam bahasa Kristang bermaksud mematikan lagu. Lihat juga branyo.
Thanks for clicking. That felt good.