Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata katanya

Peribahasa

Kerbau dipegang tali hidungnya,
     manusia dipegang pada katanya.

Bermaksud :

Janji yang sudah diucapkan mestilah ditepati, kerana harga manusia terletak pada janjinya itu.

 

Lihat selanjutnya...(6)

472

The pot calling the kettle black

Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu.

Jaras dikatakan(katanya) raga jarang

My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!''

Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Jaras dikatakan(katanya) raga jarang, konon!''

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
haplologyhaplologiKesusasteraanTiadaPenyusutan pada sesebuah kata dalam kalimat kerana dua suku katanya atau dua katanya sebunyi dan diucapkan hanya sekali. Contoh: kelawar untuk kelelawar, laki untuk lelaki, tamu untuk tetamu.
scanning speechpertuturan terjedaPerubatanTiadaPertuturan yang suku katanya terhenti-henti.
paraphraseparafrasaKesusasteraanPuisiKarangan yang telah ditulis semula dengan mengubah bentuk dan pemilihan katanya tetapi mengekalkan maksud atau idea asalnya. Ia bertujuan untuk menjelaskan lagi karangan asalnya. Dalam puisi boleh ditulis semula menjadi parafrasa untuk memberikan penjelasan tentang bahagian atau rangkap-rangkap yang sukar dalam bentuk prosa.
quaternariusbaris empat padatKesusasteraanTiadaIstilah daripada perkataan Yunani yang tidak dikenali asal usul katanya yang menunjukkan kaki matra yang mengandungi suku kata yang tidak ditekankan diikuti dengan suku kata yang tidak ditekankan iaitu /.
paraphraseparafrasaKesenianDrama dan TeaterKarangan yang ditulis semula dengan mengubah bentuk dan pemilihan katanya tetapi mengekalkan maksud atau idea asal yang bertujuan untuk memperjelas karangan asal.
paraphraseparafrasaKesusasteraanTiadaKarangan yang telah ditulis semula dengan cara mengubah bentuk dan pemilihan katanya tetapi tetap mengekalkan maksud atau idea asalnya. Parafrasa biasanya ditulis untuk memperjelaskan lagi maksud karangan asalnya. Sebuah puisi boleh ditulis semula dalam bentuk prosa sebagai sebuah parafrasa untuk memberikan penjelasan tentang bahagian atau rangkap-rangkap yang sukar dalam bentuk puisi itu.
haplogiesusut bunyiKesusasteraanTiadaPengurangan yang terjadi pada sesebuah kata atau kalimat kerana dua suku katanya yang sebunyi hanya diucapkan sekali sahaja. Contoh: laki-laki menjadi lelaki, kura-kura menjadi kekura, langit-langit menjadi lelangit.
proverbbidalanKesusasteraanPuisiPepatah atau peribahasa yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Pada kebiasaannya isi ataupun amanat yang terkandung dalam sesuatu bidalan itu merupakan nasihat, peringatan, sindiran dan juga panduan hidup. Penyusunan kata� katanya juga lurus dan sederhana supaya dalam maksud yang hendak disampaikan mudah difahami oleh khalayak. Contohnya, seperti di bawah. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
minimalismminimalismeKesusasteraanTiadaGaya dramatik yang mengehadkan karya kepada yang asas dan ringkas dalam bentuk yang singkat. Contohnya, karya haiku, epigram dan sketch dramatik yang amat singkat atau berbentuk monolog. Penggunaan latar hiasnya amat sedikit dan penggunaan kosa katanya kadangkala tanpa ujaran sehingga senyap sunyi. Contohnya, drama karya Samuel Beckett bertajuk Breath yang pementasannya mengambil masa 30 saat. Drama ini tidak mempunyai watak dan tiada sebarang ucapan.
canon of poetrypiawai nilai puisiKesusasteraanPuisiPeraturan atau ciri yang khusus bagi sesebuah puisi merupakan asas bagi menilai sesebuah puisi. Umpamanya bagi menilai serangkap pantun yang mengandungi nilai-nilai estetik. Pantun ini mempunyai pembentukan rima akhimya a b a b, jumlah perkataan dalam setiap baris biasanya empat dan jumlah suku katanya antara lapan hingga dua belas. Sinonim daftar karya puisi. Ukir kandil benang seribu, Dara memintal bunga kiambang; Semasa kecil ditimang ibu, Bila besar ditimang gelombang.
12

Kembali ke atas