xenophobia | xenofobia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sikap tidak suka, benci atau takut kepada kaum lain selain kaumnya sendiri. Sikap ini menganggap individu dari kaum lain sebagai sangat asing, tidak sebaik kaumnya, tidak harus dihormati malah dibenci. Sikap ini membawa kepada hubungan yang tidak baik antara kelompok. Sifat ini juga mendorong kepada amalan tidak bertoleransi, diskriminasi, eksploitasi dan segregasi. Sikap ini menggambarkan fikiran yang tertutup dan jumud. Contohnya, pandangan orang Jerman terhadap orang Yahudi awal abad ke-20 dan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam di Afrika pada era Aparteid. |
rightist | puak kanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan yang cenderung kepada fahaman konservatif. Golongan ini tidak suka kepada tindakan radikal atau perubahan besar yang mendadak. Mereka lebih cenderung kepada pengekalan status quo dan pemeliharaan tradisi masyarakat yang sedia ada dan dalam keadaan tertentu bersifat perkauman yang bergerak untuk memelihara kepentingan kaumnya. Kumpulan ini juga boleh bersifat ekstrem kaum seperti golongan fasis Nazi atau gerakan Ku Klux Klan yang rasis tetapi boleh juga bersifat sederhana seperti UMNO dan MCA. Ia berbeza dengan golongan kiri yang cenderung kepada perjuangan untuk kelas bawahan dan mahukan perubahan radikal dalam masyarakat. Contohnya, dalam politik Malaysia, UMNO dan PAS merupakan golongan kanan manakala Parti Rakyat Malaya pula merupakan golongan kiri. |