fluorescence | pendarfluor | Fizik | Nanoteknologi | Luminans yang kebanyakannya berlaku pada julat cahaya tampak bagi bahan tertentu tanpa melibatkan tenaga haba. Fenomena ini berlaku apabila sinaran elektromagnet jarak gelombang pendek seperti sinaran ultralembayung diserap oleh molekul dan teruja, seterusnya memancarkan sinaran dengan jarak gelombang yang lebih panjang. Lebihan tenaga serapan diubah kepada haba. Pendarfluor ialah nama yang diberikan sempena nama galian fluorit, yang terdiri daripada kalsium fluorit yang mempamerkan fenomena tersebut. |
protozoa | protozoa | AIDS | Tiada | Mikroorganisma unisel yang kebanyakannya hidup bebas di persekitaran. |
conveyance loss | kehilangan hantaran | Kejuruteraan | Tiada | Kehilangan air, kebanyakannya yang tidak dapat dielakkan, dalam saluran pengairan atau pembekalan air. |
boulder beach | pantai tongkol | Geologi | Tiada | Pantai yang kebanyakannya terdiri daripada tongkol. |
azoxy compound | sebatian azoksi | Kimia | Tiada | Bahan berhablur, kebanyakannya berwarna merah atau kuning yang diperoleh melalui pengoksidaan sebatian azo. |
hard labour | buruh kasar | Pentadbiran | Tiada | Pekerja yang kebanyakannya menjalankan kerja tidak mahir dan separuh mahir. |
fibrils | gentian/fibril | Matematik | Tiada | Tetali gas yang kebanyakannya bergaris mengufuk di dalam bahagian bawah kromosfera matahari - biasanya 11 000 km panjang dan 725 - 2200 km lebar - yang kelihatan sebagai ciri serapan gelap yang berlatarbelakangkan cakera yang lebih cerah daripadanya. |
snow | salji | Sains | Hidrometeorologi | Kerpasan hablur ais, yang kebanyakannya bercabang dan kadang kala berbentuk bintang. |
snow | salji | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kerpasan hablur ais kebanyakannya bercabang dan kadangkala berbentuk bintang. |
infodemic | infodemik | Teknologi Maklumat | Tiada | Lambakan maklumat yang kebanyakannya palsu atau tidak sahih, yang menyebabkan penyelesaian sesuatu masalah menjadi lebih sukar. |