boredom | kebosanan | Pendidikan | Tiada | Tiada |
boredom | kebosanan | Psikologi | Tiada | Tiada |
social boredom | kebosanan sosial | Sosiologi | Tiada | Tiada |
fidget toy | mainan nyahresah | Psikologi | Tiada | Alat permainan untuk aktiviti yang dapat mengurangkan keresahan, kebimbangan, kebosanan dan biasanya dimainkan dengan menggunakan tangan. |
cabin fever | demam kabin | Psikologi | Tiada | Keadaan individu yang mengalami perubahan emosi seperti kemurungan, kegelisahan dan kebosanan akibat terkurung dalam rumah atau sesuatu tempat untuk tempoh yang lama. |
diversional activity | aktiviti alih perhatian/aktiviti penyimpangan | Perubatan | Tiada | Sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh pesakit untuk memenuhi masa lapangnya bagi mengelakkan kebosanan. |
diversional activity | aktiviti alih perhatian/aktiviti penyimpangan | Kejururawatan | Tiada | Sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh pesakit untuk memenuhi masa lapangnya bagi mengelakkan kebosanan. |
pace | tempo | Kesenian | Drama dan Teater | Kawalan kelajuan gerak untuk menimbulkan kesan dramatik supaya dapat mengekalkan tumpuan penonton. Pergerakan yang terlalu perlahan boleh menimbulkan kebosanan manakala pergerakan yang terlalu laju boleh menyebabkan kekeliruan. |
retardation | kerencatan tempo | Kesenian | Drama dan Teater | Teknik kelajuan gerak yang sengaja dilakukan untuk menimbulkan kesan tertentu kepada penonton. Perjalanan gerak boleh diperlahankan bagi menimbulkan kesan kebosanan dan penyeksaan atau dipercepat untuk mengelirukan penonton. Contohnya, kerencatan tempo yang diperlahankan dapat dilihat dalam drama Waiting For Godotkarya Samuel Beckett. |
neomodernism | neomodenisme | Kesenian | Seni Bina | Gerakan seni yang muncul pada penghujung abad ke-20 yang mempengaruhi perkembangan kebudayaan dan kehidupan manusia termasuk dalam bidang seni dan seni bina. Kewujudan neomodenisme adalah disebabkan kegagalan dalam seni bina moden yang dikatakan timbul �rasa kebosanan� dalam keseragaman bentuk bangunan, ketiadaan identiti dan pengaruh yang kuat daripada proses industrialisasi dalam komponen bangunan. Pengamal neomodenisme mereka bentuk bangunan dengan menampilkan bentuk-bentuk tiga dimensi, berasaskan geometri, kurang menonjolkan aspek warna dan tekstur, serta menolak sebarang hiasan pada bangunan termasuk hiasan klasik tetapi lebih menonjolkan teknologi/tektonika (seni pembinaan). Para arkitek neomodenisme memanfaatkan bentuk, penggunaan bahan, warna serta struktur yang membuatkan neomodenisme berkembang kemudiannya menjadi beberapa aliran seperti aliran plastisisme dan aliran teknologi tinggi (high-tech). |