Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cin.ta.an] | کچينتاءن

Definisi : 1. perasaan cinta, kasih, kesa­yangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecintaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
green paradigmparadigma hijauPelanconganTiadaPemikiran yang berasaskan kecintaan terhadap alam sekitar.
green tourismpelancongan hijauPelanconganTiadaPelancongan yang berasaskan kecintaan terhadap alam sekitar.
green travellerpengembara hijauPelanconganTiadaPenjelajah yang mempunyai pemikiran dan kecintaan terhadap alam sekitar.
nationalistnasionalisSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu atau golongan yang berpegang kepada semangat kecintaan pada negara atau bangsa. Semangat ini biasa dikaitkan dengan segolongan rakyat yang bergerak untuk memperjuangkan kemerdekaan dan pembangunan negara yang berada di bawah takluk penjajahan. Semangat ini kadangkala bertindan lapis dengan semangat perkauman atau sentimen primordial sesuatu kaum. Contohnya, tokoh pejuang seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Ishak Hj. Mohamad dan Dr. Burhanuddin al-Helmi merupakan golongan nasionalis tanah air.
madrigalmadrigalKesusasteraanPuisiBentuk puisi pendek yang mengandungi tema dan persoalan cinta serta kecintaan pada kedesaan yang masih belum tercemar keindahannya. Riasanya puisi ini dijadikan nyanyian. Sinonim puisi cinta.
supranationalismsupranasionalismeSains PolitikPolitik PerbandinganSemangat nasionalisme yang melangkaui sehingga luar kawasan negara asal. Semangat nasionalisme biasanya bersifat kecintaan rakyat terhadap negaranya sahaja, namun dalam konteks supranasionalisme, semangat itu mencapai hingga ke peringkat luar wilayah sama ada wilayah bekas penjajahnya atau wilayah yang berdekatan dengan negaranya. Contohnya, nasionalisme rakyat India tidak terbatas kepada pembinaan identiti dan cinta kepada negaranya tetapi menjangkau kepada benua kecil India seperti Nepal, Pakistan, Bangladesh dan sebagainya.
culture filmfilem budayaKomunikasiTiadaFilem rencana yang memberi tumpuan kepada budaya tertentu dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman serta kecintaan terhadap budaya tersebut.
benevolent bondbon ihsanEkonomiEkonomi IslamBon yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi mengumpul dana daripada pihak awam atas dasar sukarela. Kerajaan meminta orang ramai membeli bon ini atas semangat kecintaan kepada negara atau tanggungjawab terhadap agama dengan harapan mendapat ganjaran di akhirat. Pemegang bon boleh menebus bon ini pada tarikh matang tanpa sebarang keuntungan atau tidak menebusnya sama sekali dan mendermakan terus kepada kerajaan.
prismaticprismatikKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi makna atau pengertian dua lapis. Makna pada lapis pertama lebih jelas manakala makna lapis kedua lebih luas dan mendalam. Contohnya, puisi "Perempuan Malang" karya Usman Awang yang menggunakan perkataan 'ibuku' yang bermaksud 'tanah air'. Puisi ini memberi gambaran bahawa ibu itu telah lama berjasa kepada penyair. Dengan itu penyair amat mencintainya dan sanggup berkorban untuk menjaga keselamatannya. Gambaran demikian adalah makna pada lapis pertama. Makna lapis keduanya boleh dihubungkan dengan pernyataan kecintaan penyair terhadap tanah air atau negaranya.

Kembali ke atas