Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dé.wa.an] | کديواءن

Definisi : 1. (hal) mengenai dewa: agama Hindu telah memasukkan adat resam dan sistem ~ Hindu; 2. tempat (kediaman) dewa-dewa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dé.wa.an] | کديواءن

Definisi : sifat-sifat dewa; mengenai dewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedewaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anthropomorphismantropomorfismeArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPemberian ciri atau sifat manusia kepada sesuatu bentuk. Contohnya, pada arca kedewaan ajaran Hinduisme, Dewa Brahman, Wisnu dan Siwa diberikan ciri manusia tetapi mempunyai kelebihan statusnya sebagai dewa seperti mempunyai tangan melebihi dua atau berkepala empat.
astrolabeastrolabSejarahTiada2. Alat yang digunakan untuk memerhatikan kedudukan cakerawala yang ditemui pada abad ke-18 dan berkaitan dengan kajian kedewaan.
epic fantacyfantasi epikKesusasteraanTiadaKarya fantasi yang memiliki ciri-ciri umum karya epik. Antara ciri-ciri tersebut termasuklah gambaran kehebatan wira yang luar biasa, latar yang luas tanpa batasan, unsur kayangan, kedewaan dan sebagainya. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur-unsur fantasi epik banyak ditemui dalam karya hikayat penglipur lara yang menceritakan kegagahan dan pengembaraan wira yang luar biasa. Contohnya, Hikayat Bayan Budiman.
bestiarybestiariKesusasteraanTiadaKarya didaktik yang berkaitan dengan sifat semula jadi atau sifat luar biasa binatang. Karya didaktik biasanya dalam bentuk puisi dan prosa. Binatang yang berkenaan biasanya memiliki separuh bentuk badan binatang biasa dan separuh bentuk yang luar biasa. Contohnya, kuda atau kan yang berkepalakan manusia. Tradisi cerita bestiari bermula sejak zaman Greek dalam karya berjudul Physiologus 2-4 AD), dan karya ini tersebar ke seluruh dunia. Antara binatang yang sering menjadi bahan cerita ialah phoenix, unicorn, dan siren. Umumnya, binatang yang menjadi bahan cerita hanya hidup dalam kepercayaan, mitos, dan legenda. Cerita sering dikaitkan dengan unsur alam kayangan, kedewaan, dan kepercayaan agama. Sebahagian daripada binatang tersebut masih wujud dan kekal dalam pelbagai koleksi cerita kanak-kanak yang bersifat didaktik dengan pelbagai pengajaran moral. Cerita bestiari dalam kesusasteraan Melayu dapat ditemui dalam pelbagai cerita hikayat yang berkaitan dengan jin, raksasa, gergasi atau binatang aneh yang memili

Kembali ke atas