Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hi.du.pan] | کهيدوڤن

Definisi : perihal hidup: sejak kampung itu diganggu oleh komunis ~ penduduknya semakin sempit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.hi.du.pan] | کهيدوڤن

Definisi : keadaan atau hal hidup: ~nya sangatlah susah kerana tidak cukup belanja hendak menanggung seorang isteri dan empat orang anak yg masih kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kehidupan

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seperti beting dipalu ombak.

Bermaksud :

Kehidupan yang tidak tenteram, senantiasa diganggu orang. beting = gosong panjang di muara sungai.

 

Lihat selanjutnya...(9)

556

There's no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Kepala sama hitam hati lain-lain.

I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan epala sama hitam hati lain-lain.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(22)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
living floorslantai kehidupanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLapisan pada lantai petak ekskavasi yang mengandungi data berhubung dengan kehidupan. Lantai ini biasanya melibatkan artifak yang ditemui bersama dengan bukti kehidupan kelompok masyarakat atau keluarga. Antara contoh data kehidupan ialah lubang tiang rumah, tiang rumah dan kem sementara. Di Malaysia, data ini ditemui di Kuala Selinsing (Perak).
brand associationkeberkaitan jenamaKomunikasiKorporatKeadaan mengaitkan sesuatu jenama dengan sesuatu nilai yang terdapat dalam kehidupan pengguna. Proses mengaitkan barangan dengan nilai kehidupan pengguna ini dirancang secara strategik oleh perancangan pengiklanan untuk menguasai pasaran. Matlamat perancangan adalah untuk memastikan khalayak menerima barangan yang dipasarkan sebagai satu keperluan kehidupan. Sehubungan itu, perancang pengiklanan perlu mengaitkan barangan dengan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan seperti gaya hidup, kasih sayang, hubungan antara manusia, dan hubungan manusia dengan alam. Contohnya, jenama A dikaitkan dengan keselesaan dan keunggulan. Jenama B dikaitkan dengan gaya hidup yang sihat, manakala jenama C dikaitkan dengan kehidupan yang aktif. Kesan daripada perancangan strategik ini boleh membantu pengguna untuk membuat perkaitan antara jenama dengan nilai kehidupan yang baik sehingga mewujudkan suatu ciri budaya yang positif.
marine lifekehidupan lautGeografiTiadaKehidupan hayat yang terdapat dalam laut.
figurative languagebahasa kiasanKesusasteraanPuisiBahasa yang digunakan oleh penyair untuk mengemukakan sesuatu perasaan dan pemikiran secara bandingan atau secara tidak langsung. Contohnya, 'ombak kehidupan' untuk menggambarkan kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran.
independent livingkehidupan berdikariUmumTiadaKemampuan OKU menguruskan kehidupan sendiri melalui penyediaan sistem sokongan yang menepati dan memenuhi keperluan OKU.
living standardstandard kehidupanPentadbiranTiadaSikap dan jangkaan seseorang tentang mutu kehidupan keluarga dan dirinya sendiri serta tahap kemakmuran ekonomi.
right to lifehak kehidupanUndang-undangTiadaHak seseorang untuk hidup dan menjalani kehidupan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang.
instrumental activities of daily livingaktiviti instrumental kehidupan harianGerontologiTiadaKeupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti kehidupan harian dan kefungsian yang lebih kompleks. Contohnya, mengurus kewangan, menyediakan makanan, membeli-belah dan melakukan kerja rumah, sama ada kerja berat atau kerja ringan.
infrahistoriainfrahistoriaKesusasteraanTiadaKarya sastera yang berlegar di sekitar kehidupan orang kebanyakan. Biasanya karya ini mengisahkan kehidupan golongan miskin atau golongan rendah, biasanya kurang penting dan berlaku di tempat yang kurang dikenali. Istilah ini dicipta oleh Miguel de Unamuno, seorang penyair dan novelis yang menghasilkan novel Poesias dan Rosario de Sonetos.
developmental disabilitiesperkembangan ketidakupayaanPendidikanTiada

 Ketidakupayaan yang wujud di peringkat awal kehidupan seseorang dan berlanjutan dalam kehidupan seterusnya. Contohnya ketidakupayaan intelektual.

12345678910...

Kembali ke atas