boracite | borasit | Geologi | Tiada | Mineral ortorombik berwarna kebiru-biruan, kehijau-hijauan, kuning, atau putih : Mg3B7O13Cl. Mineral ini bersifat piroelektrik yang kuat dan terdapat dalam mendapan air masin dan evaporit. |
pus | nanah | Kejururawatan | Tiada | Cecair pekat kekuning-kuningan atau kehijau-hijauan terbentuk pada tapak jangkitan. Nanah terdiri daripada sel-sel darah putih yang sudah mati, bakteria hidup dan mati dan serpihan-serpihan tisu yang telah mati. |
chloropsia | kloropsia | Perubatan | Tiada | Kecacatan penglihatan apabila semua objek kelihatan berwarna kehijau-hijauan. |
green sky | langit hijau | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Langit yang sebahagiannya kelihatan kehijau-hijauan, yang dianggap oleh para pelaut sebagai petanda kedatangan angin kencang atau hujan, atau dalam beberapa hal sebagai petanda siklon tropika. |
spinach fettucini | fetucini bayam | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fetucini yang dicampur bayam dan berwarna kehijau-hijauan. |
kale | kubis kerinting | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kubis yang lebih panjang daripada kubis cina, berwarna kehijau-hijauan dan mempunyai hujung daun yang kerinting. |
patina | patina | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kesan proses pengoksidaan tembaga dan aloi yang menyebabkan tembaga tersebut menjadi kehijau-hijauan atau keperang-perangan. Patina boleh dikaitkan dengan corak perabot yang berkilau, hasil daripada penuaan dan pengilatan yang kerap. Patina merupakan salah satu ciri yang melambangkan pemeliharaan dan pemuliharaan perabot berkonsep antik. |
baryte | barit | Kimia | Tiada | Barium sulfat, BaSO4, mineral yang terdapat dalam bentuk jisim habluran atau bijih yang berwarna putih, kelabu, kehijau-hijauan atau kemerah-merahan. |
barite | barit | Kimia | Tiada | Barium sulfat, BaSO4, mineral yang terdapat dalam bentuk jisim habluran atau bijih yang berwarna putih, kelabu, kehijau-hijauan atau kemerah-merahan. |
island mackerel | kembung lampai | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Rastrelliger faughni, yang mempunyai tabiat gemar berenang dalam kumpulan yang kecil. Ikan ini mempunyai badan yang lampai, berwarna kehijau-hijauan dan berjalur kelabu. Makanan utama ikan kembung lampai ialah plankton yang dimakan dengan cara menapisnya melalui insang dalam keadaan berenang melawan arus. Ikan ini ditangkap menggunakan pukat jerut, pukat hanyut atau pukat tunda bukaan tinggi, selain joran. |