hypersensitivity (immunity) | kehipersensitifan (keimunan) | Perubatan | Tiada | Tiada |
anaphylaxis | anafilaksis | Perubatan | Tiada | Kehipersensitifan yang teruk terhadap protein atau bahan asing tertentu, yang mencetuskan perembesan histamina, prostaglandin, kinin dan bahan kimia lain. Keadaan ini dicirikan dengan ruam di seluruh tubuh, penurunan tekanan sehingga mengakibatkan renjatan peredaran darah dan bronkospasme. Keadaan ini boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. |
atopy | atopi | Perubatan | Tiada | Kehipersensitifan yang diperoleh secara keturunan, misalnya asma, urtikaria dan ekzema. |
drug allergy | alergi ubat | Perubatan | Tiada | Kehipersensitifan badan pada ubat yang digunakan, menyebabkan tindak balas antigen-antibodi berlaku. |
dermatitis venenata | dermatitis venenata | Perubatan | Tiada | Kehipersensitifan sentuhan menyebabkan keradangan akut kulit. Sinonim: dermatitis sentuhan. |
desensitization | desensitisasi | Perubatan | Tiada | 1. Teknik yang digunakan untuk mengurangkan kesan kehipersensitifan segera melalui pemberian sedikit dos alergen secara berulang; pemberian dos secara berulang ini ditingkatkan secara beransur-ansur. 2. Teknik merawat penyakit fobia atau penyakit lain yang berkaitan, dengan sengaja mendedahkan pesakit kepada rangsangan yang menakutkannya secara terkawal. |
desensitization therapy (immunity) | terapi pendesensitifan (keimunan) | Perubatan | Tiada | Terapi untuk mengurangkan kesan kehipersensitifan segera melalui pemberian sedikit dos alergen secara berulang. |
desensitizing agent | agen penyahpekaan | Perubatan | Tiada | Agen yang berkeupayaan mengurangkan atau menghalang kehipersensitifan segera. |
cellmediated immunity | keimunan perantara sel | Perubatan | Tiada | Keimunan yang berlaku apabila sel limfoid T memainkan peranan utama dalam sesuatu gerak balas imun. Dalam keadaan ini, makrofaj teraktif dan keupayaannya untuk memfagositosiskan antigen meningkat. Keimunan jenis ini biasanya berlaku dalam penolakan cantuman dan kehipersensitifan lewat. |