Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ka.ya.an] | ککاياءن

Definisi : 1. perihal kaya: apabila tuan hamba dlm ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dgn kesukaan kami; perhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin utk menunjuk-nunjukkan ~; 2. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu pihak: harta ~nya akan diwariskannya kpd isterinya; mereka berhak mempunyai ~nya sendiri; 3. kekuasaan, kebesaran: ~ Allah SWT; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ka.ya.an] | ککاياءن

Definisi : 1 perihal (keadaan) kaya: Berita ~ Melaka sampai ke sana. 2 kekuasaan; kebesaran: keadilan dan ~ Tuhan. 3 segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tidak kekal bunga dikarang.

Bermaksud :

Kekayaan (kemuliaan, persahabatan) sewaktu-waktu akan hilang.

 

Lihat selanjutnya...(18)

202

Every flow must have its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Ada pasang berturun naik

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, ada pasang berturun naik. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(16)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
utility of wealth functionfungsi utiliti kekayaanPentadbiran PerniagaanTiadaPerhubungan antara kesenangan dengan jumlah kekayaan yang dimiliki.
rent-seekinguntung atas anginEkonomiTiadaTindakan mengembangkan kekayaan sedia ada dengan memanipulasi persekitaran sosial atau politik tanpa mencipta kekayaan baru.
old money1. golongan kaya warisan 2. kaya warisanUmumTiada1. Individu atau kumpulan yang memperoleh kekayaan secara warisan. 2. Berkaitan dengan seseorang atau kumpulan yang memperoleh kekayaan secara warisan.
new money1. golongan kaya baharu 2. kaya baharuUmumTiada1. Individu atau kumpulan yang baru memperoleh kekayaan melalui usaha sendiri, bukan secara warisan. 2. Berkaitan dengan seseorang atau kumpulan yang memperoleh kekayaan melalui usaha sendiri, bukan secara warisan.
wealthkekayaanGeografiTiadaTiada
wealthkekayaanEkonomiTiadaTiada
national wealthkekayaan negaraGeografiTiadaTiada
social wealthkekayaan sosialGeografiTiadaTiada
species richnesskekayaan spesiesPerikananTiadaTiada
intergeneration wealthkekayaan antara generasiGeografiTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas