Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ki.li] | ککيلي

Definisi : 1. lingkaran kecil rotan yg dicucukkan pd hidung kerbau, kili-kili; 2. sj gelendong, alat utk menggulung tali pancing dll, kili-kili. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ki.li] | ککيلي

Definisi : 1 gelang-gelang rotan yg dicucukkan pd hidung kerbau; kelikir. 2 alat penggulung tali pancing (tali sauh dll); gelendong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekili


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reelkekiliPerikananTiadaAlat yang terdiri daripada gelendong, pengayuh dan tapak yang dipasang pada joran bagi memudahkan proses memancing. Terdapat dua jenis kekili, iaitu kekili mendatar dan kekili menegak. Tali pada kekili mendatar terjulur keluar dalam keadaan selari dengan joran. Tali pada kekili menegak pula terjulur keluar dalam keadaan menegak ke arah joran dan mempunyai lengan pengarau.
centre pin reelkekili bercematPerikananTiadaKekili yang mempunyai gelendong bulat. Tali pada kekili ini boleh ditarik dengan alat yang berada di bahagian tengah kekili. Kelebihan kekili jenis ini ialah tali tidak kusut dan ikan mudah ditarik. Kekili ini biasanya digunakan oleh pemancing semasa memancing di sungai dengan menggunakan kaedah pancing layang.
single action reelkekili sehalaPerikananTiadaKekili yang mempunyai gelendong yang berputar secara sehala. Kekili sehala memudahkan kerja mengarau dan boleh mengelakkan tali daripada kusut. Kekili jenis ini berbeza dengan kekili yang mempunyai gelendong yang berputar secara dua hala. Sinonim serek sehala.
revolving spool reelkekili gelendong gerakPerikananTiadaKekili yang mempunyai gelendong yang boleh bergerak. Pergerakan kekili ini bergantung pada kekunci antipembalikan, iaitu salah satu bahagian pada kekili gelendong gerak. Gelendongnya boleh dialihkan dan halaju serta arah pusingan gelendong boleh dikawal. Kekili jenis ini biasanya dijual pada harga yang mahal dan boleh dibaiki sekiranya rosak.
fly reelkekili layangPerikananTiadaKekili khusus yang direka untuk menggulung tali pancing pada gelendong yang tebal secara teratur dan kemas, dalam aktiviti pancing layang. Kekili layang terdiri daripada gelendong yang diapit oleh dram bulat. Kekili layang yang moden dan canggih mempunyai daya seretan yang rendah bagi mewujudkan ketegangan dan kerintangan terhadap tindak balas sentapan ikan. Kekili ini boleh didapati dalam pelbagai saiz, bentuk dan berat. Sinonim serek layang.
fixed-spool reelkekili gelendong tetapPerikananTiadaKekili yang mempunyai gelendong yang tidak boleh dialih. Kekili jenis ini biasanya dijual pada harga yang lebih murah dan tidak boleh dibaiki sekiranya rosak. Sinonim serek gelendong tetap.
reel foottapak kekiliPerikananTiadaPelapik atau penahan yang berfungsi menyokong kekili supaya melekat pada batang joran. Tapak tersebut merupakan sebahagian daripada kekili dan biasanya diperbuat daripada logam.
anti-reverse levertuil antiundurPerikananTiadaTuil kecil yang terdapat pada kekili gelendong tetap. Tuil bertindak untuk menghalang gelendong daripada bergerak ke belakang. Lihat juga kekili gelendong tetap.
spoolgelendongPerikananTiadaAlat untuk menggulung tali pancing yang terdiri daripada pelbagai saiz dan berat. Alat ini boleh digunakan tanpa menggunakan joran. Alat ini merupakan sebahagian daripada komponen kekili pancing. Sinonim lempoyan, serek. Lihat juga kekili.
reelskekiliTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaCiri baharu dalam Instagram yang membolehkan pengguna membuat klip video bermuzik dengan pelbagai penyuntingan audio dan video serta kesan visual selama 15 saat dan boleh dikongsi di profil pengguna.
123

Kembali ke atas