Cassytha filiformis | tali putri | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Lauraceae yang dikenali juga sebagai cemar batu. Tumbuhan ini jenis parasit tanpa daun dan akar. Batangnya berwarna hijau kekuning-kuningan, melilit pada pokok seperti tali dan melekat pada perumah melalui haustoria. Bunganya kecil, berwarna putih kekuning-kuningan dan tersusun pada jambak bunga jenis spika. Buahnya bulat, jenis beri dan bersaiz kecil. Tumbuhan ini mengandungi kasifilin, kasitin, kasitidin, laurotetanin dan galaktitol. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan semak terbuka dan bersifat astringen dan diuretik. Air rebusan tumbuhan ini diminum untuk merawat cirit-birit, buasir, ekzema, ulser, kecacingan, masalah dalam perut, sakit kepala, malaria, demam, edema, hepatitis, masalah urinari, gonorea, sifilis dan resdung. Air rebusan digunakan secara luaran untuk merawat kegatalan kulit, mencuci mata dan melebatkan serta menghitamkan rambut. |
lipofuscin | lipofusin | Gerontologi | Tiada | Pigmen perang kekuning-kuningan dalam sitoplasma beberapa sel saraf. |
colostrum | kolostrum | Kejururawatan | Tiada | Cecair putih kekuning-kuningan yang keluar daripada payudara ibu pada lewat kehamilan atau sebelum permulaan pengaliran susu. |
xanthine | xantina | Kimia | Biokimia | Hablur berwarna kekuning-kuningan yang larut di dalam eter, larut sedikit di dalam air dan alkohol, dan digunakan sebagai racun kulat dan bahantara untuk bahan kimia lain. |
exudate | eksudat | Perikanan | Akuakultur | Bendalir berwarna kekuning-kuningan yang keluar daripada saluran darah ikan dan terkumpul di dalam atau di permukaan organ/tisu akibat keradangan. Keadaan ini berpunca daripada jangkitan penyakit. |
pus | nanah | Kejururawatan | Tiada | Cecair pekat kekuning-kuningan atau kehijau-hijauan terbentuk pada tapak jangkitan. Nanah terdiri daripada sel-sel darah putih yang sudah mati, bakteria hidup dan mati dan serpihan-serpihan tisu yang telah mati. |
rutin | rutin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bioflavonoid serbuk kekuning-kuningan yang didapati di dalam kebanyakan tumbuhan terutamanya buckwheat dan tembakau. |
protochlorophll | protoklorofil | Biologi | Histologi dan Sitologi | Pigmen kekuning-kuningan yang terdapat pada kloroplas tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam gelap, dan ditukar menjadi klorofil oleh agen cahaya. |
plasm | plasma | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Cecair berwarna kekuning-kuningan yang merupakan sebahagian daripada darah. Plasma terdiri daripada 92% air dan 8% zat terlarut. Sebahagian besar zat terlarut ialah protein, seperti albumin, globulin, faktor pembekuan darah dan fibrinogen. |
lymph | limfa | AIDS | Tiada | Cecair lut sinar dan kekuning-kuningan yang terdapat dalam pembuluh sistem limfa yang berasal daripada cecair tisu dan cecair ini mengandungi limfosit. |