Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengelas; ~ daging mengem­pukkan daging seketika (sebelum digoreng). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kelas (kata nama)
Bersinonim dengan peringkat, tingkatan, golongan, kumpulan, bahagian, kategori;,
Kata Terbitan : sekelas, berkelas-kelas, mengelaskan, pengelasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
class III cavitykaviti kelas IIIPergigianTiadaSejenis klasifikasi kawasan kaviti oleh G.V. Black mengikut kejadian karies. Kaviti kelas III ialah kaviti di kawasan proksimal gigi anterior. Biasanya karies jenis ini terjadi di permukaan mesial atau distal gigi insisor atau kanin. Kaviti jenis ini biasanya direstorasi dengan bahan komposit. Lihat gambar.
Motor Mechanic 3rd Class (Chief Petty-Officer)Jurusawat Motor Kelas III (Ketua Pegawai Kecil)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
pseudoprognatismpseudoprognatismePerubatanTiadaHubungan rahang maloklusi kelas III yang tidak disebabkan oleh pola rangka tetapi disebabkan tabiat.
celluloid stripstrip seluloidPerubatanTiadaStrip seluloid yang digunakan sebagai matriks untuk pengrestorasian kaviti kelas III dengan bahan berwarna gigi.
matrix stripstrip matriksPergigianTiadaPita plastik nipis yang digunakan untuk membentuk dinding sementara kaviti kelas III semasa pemadatan bahan resin komposit.
reverse overjetoverjet terbalikPerubatanTiadaGigitan gigi maksilanya lebih posterior daripada gigi mandibel seperti dalam oklusi kelas III.
American Society of Anaesthesiologists ClassificationKlasifikasi Persatuan Anestesiologi AmerikaPerubatanTiadaSistem klasifikasi fizikal pesakit sebelum pembiusan. Sistem ini mengkategorikan pesakit mengikut tahap kesihatan, iaitu Kelas I hingga V. Pesakit Kelas I ialah pesakit yang sihat, manakala pesakit Kelas II ialah penghidap penyakit yang terkawal seperti asma, kencing manis dan hipertensi. Pesakit Kelas III pula merupakan penghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa semasa pembiusan dan pembedahan. Pesakit Kelas IV merupakan pesakit tenat yang mengancam nyawa. Pesakit Kelas V ialah pesakit yang nazak dan boleh mati dengan atau tanpa pembedahan. Huruf ‘E’ akan ditambah selepas Kelas I hingga V sekiranya pesakit menjalani pembedahan kecemasan. Contohnya, ASA IV-E bermakna pesakit menghidap penyakit tenat yang mengancam nyawa dan akan menjalani pembedahan kecemasan.
containerbekasTeknologi MaklumatPerisianKelas, struktur data atau jenis data abstrak yang merupakan koleksi beberapa objek. Bekas ini digunakan untuk menyimpan objek dalam bentuk yang tersusun dengan menggunakan peraturan capaian yang tertentu. Umumnya, kelas bekas ini boleh digunakan untuk melaksanakan kaedah seperti yang berikut: i. Mewujudkan bekas kosong yang baharu. ii. Melaporkan bilangan objek yang disimpan. iii.Memadamkan kesemua objek di dalam bekas. iv.Menyelitkan objek yang baharu ke dalam bekas. v. Membuang objek daripada bekas. vi. Menyediakan capaian kepada objek yang tersimpan.
gingival floorlantai gingivaPergigianTiadaKawasan kaviti di kotak proksimal yang bersebelahan dengan gingiva. Lantai gingiva ini terletak sama ada di atas atau di bawah paras gingiva bergantung kepada keluasan karies. Lantai kaviti adalah baik jika terletak di supragingiva kerana ini akan mengurangkan iritasi pada tisu gingiva. Jika lantai kaviti berada di paras subgingiva permukaan restorasi harus digilap supaya licin agar ia tidak menjadi punca iritasi kepada tisu gingiva. Lantai gingiva akan bertemu dengan lantai oklusi jika terdapat karies yang dalam di oklusi. Lantai gingiva terdapat dalam kaviti kelas II, III atau V.

Kembali ke atas